Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






IKTISAD adalah sebuah majalah ekonomi dan kewangan Islam yang diusahakan penerbitannya oleh Yayasan Muslimin (Yayasan) sebuah badan pendidikan dan kebajikan yang diasaskan atas daya usaha Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.

Menyedari peri pentingnya penyebaran ilmu fiqh mu'amalat dan ekonomi Islam di kalangan umat Islam, Yayasan telah mengorak langkah menerbitkan sebuah majalah yang diberi nama Iktisad.

Permit penerbitan Iktisad telah diluluskan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri pada November 2003 (No. Permit Penerbitan: PP13632/03/2013(032107) dengan fokus utama kandungannya menyentuh aspek ekonomi dan kewangan Islam.

IIktisad menyediakan platform kepada masyarakat untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai aspek ekonomi, perbankan dan kewangan Islam secara lebih mendalam. Di samping memberikan pendedahan berhubung perkembangan dan kemajuan sistem ekonomi dan kewangan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa, Ia juga boleh dijadikan rujukan berguna kepada masyarakat umum dan pelajar.

Memakmurkan institusi ekonomi Islam adalah juga hasrat utama Yayasan, disamping melaksanakan aktiviti kebajikan ummah.

Keluaran sulung Iktisad muncul dipasaran pada April 2004. Ia diedarkan secara percuma kepada anggota Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (yang menderma  secara bulanan kepada Tabung Amanah, Yayasan Muslimin) juga di masjid-masjid utama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di samping itu, naskah Iktisad juga dilanggan oleh individu, perpustakaan universiti, jabatan kerajaan dan swasta. Naskah Iktisad turut dijual di pasaran terbuka.

OBJEKTIF PENERBITAN IKTISAD

Menyerlahkan komitmen Yayasan Muslimin untuk membantu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat mengenai sistem mu’amalat Islam.

Menjadi platform untuk masyarakat berinteraksi bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sistem mu’amalat dan kewangan Islam.

Mewujudkan sebuah masyarakat berilmu pengetahuan bagi memenuhi tuntutan hadis yang bermaksud; “Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah…”

Mengembalikan semula dan memupuk minat membaca di kalangan umum khususnya pembacaan bahan ilmiah. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w iaitu Iqra’ (Bacalah dengan nama Tuhanmu).

JAWATANKUASA PENASIHAT EDITORIAL

Jawatankuasa Penasihat Editorial Iktisad dibentuk bagi objektif berikut:

Menentukan objektif, dasar dan polisi penerbitan majalah Iktisad.

Membantu dan menasihati editor dalam menentukan fokus sesuatu keluaran majalah Iktisad.

Menyaring dan memilih artikel-artikel yang tersiar dalam Iktisad untuk dibukukan dan diterbitkan dalam bentuk jurnal.

Mencadangkan penganjuran aktiviti-aktiviti berkaitan seperti seminar dan bengkel berdasarkan keperluan, isu dan kesesuaian.

Ahli Jawatankuasa Penasihat Editorial Iktisad terdiri daripada individu-individu yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Mereka ialah:

PENAUNG

Ustaz Md Zaki bin Ab Manan
Pengerusi, Yayasan Muslimin

PENASIHAT

Dr. Ab Rashid bin Haji Dail
Bekas Pensyarah Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia

JAWATANKUASA PENASIHAT EDITORIAL

PENGERUSI

Prof. Madya Zakariya bin Man
Bekas Timbalan Rektor, Akademik Kolej Universiti Islam Kedah (Insaniah)

SETIAUSAHA
Encik Shaharuddin bin Kemi
Pegawai, Yayasan Muslimin

AHLI-AHLI
Dato` Sheikh Abdul Halim bin Kadir
Bekas Mufti Kerajaan Negeri Terengganu

Prof Madya Ustaz Md Salleh bin Haji Ahmad

Bekas Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang (UIA),
Ahli Majlis Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad &
Ahli Lajnah Syariah, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad

Ustaz Abdul Ghani bin Shamsuddin
Bekas Pensyarah Universiti Malaya &
Ahli Lajnah Syariah, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad

Ustaz Abdul Rahman bin Md Hassan
Pengerusi, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad &
Mudir Maahad TahfizWa Ad-Dirasah Al-Islamiyyah,Terengganu

Datuk Muhammad bin Abdullah
Ketua Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

Ustaz Mat Jais bin Kamus
Pegawai Jabatan Mufti Negeri Selangor

Ustaz Khairulddin bin Ghazali
Pengurus Tarbiah, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad &
Ketua Editor Majalah Mehwar

Haji Mohd Noor bin Mohd Yusuf
Pesara Guru & Timbalan Yang Dipertua Persatuan Falak Syari` Malaysia

Ustaz Basri bin Abdul Ghani
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Perlis

EDITOR
Encik Taufik bin Yahya

TEMA TAHUNAN

Bagi memastikan penerbitan majalah Iktisad mempunyai impak yang mendalam di kalangan pembaca, satu tema khusus akan dipilih bagi setiap tahun.

Pemilihan tema ini penting bertujuan memberikan satu tasawwur yang jelas berhubung sistem ekonomi Islam kepada umum.

Tema Sistem Ekonomi Islam ini mengandungi:

Sektor Keluarga (Ekonomi Keluarga)

Sektor Tijari (Perniagaan)

Sektor Ijtima’ie (Masyarakat)

Sektor Siyasi (Politik/Pemerintahan)

HARAPAN

Adalah diharapkan agar Iktisad ini mampu mencapai objektif dan hasrat yang digariskan terutama dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah untuk menyebarkan fiqh mu’amalat kepada masyarakat. Oleh kerana kemampuan Yayasan yang terhad, kerjasama, bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan.

Sehingga akhir tahun 2013, Yayasan Muslimin telah berjaya menerbitkan Iktisad sebanyak 28 keluaran dan bermula awal tahun 2014 pembaca boleh terus menelaah makalah Iktisad dan memberikan sumbangan penulisan, pendapat mahupun kewangan di laman www.yayasanmuslimin.org/eiktisad.

 

 

IKLAN


Statistik Pelawat

» Online 1
» Hari Ini 1
» Semalam 1
» Minggu Ini 2
» Bulan Ini 94
» Tahun Ini 2670
» Jumlah 11186