Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2016-05-26 17:30:01 | Ditulis oleh : Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman | Dibaca : 290

Isu Syariah Dalam Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) (Bahagian 1)

JUALAN Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai Multi Level Marketing atau MLM amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, system yang sama juga digunakan oleh indusitri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful.

 

Statistik tahun 2003 menunjukkan industry MLM Malaysia mencatatkan jualan RM4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

 

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan system ini dalam mempromisi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah system pemasangan yang diterima ramai.

 

Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Syariah samada dalam atau luar Negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan system ini dari aspek Syariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Syariah untuk mendalami proses system ini.

 

Amalan Multi Level Marketing (MLM) Dalam Masyarakat

 

MLM merupakan amalan yang lumrah dalam masyarakat setempat, `Ustaz` dan `Ustazah` yang kebanyakkan mereka terdiri daripada graduan Syariah. Mereka kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM.

 

Kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith. Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini.

 

Keadaan ini menyukarkan kita untuk memberi panduan berkenaan dengan MLM yang memang rumit kerana pelbagai jenisnya yang begitu banyak. Dalam persoalan ini saya menekankan bahawa Al-Laith bin Sa`ad berkata: “Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian.” (Riwayat Al-Bukhari, no 2346).

 

Sayydina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan: “Janganlah seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hokum) agama tentangnya” – (Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129; Albani: Hasan).

 

Untuk mengelakkan masyarakat terus hanjut dalam permasalahan ini, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi panduan umum Syariah dalam hal penggunaan MLM ini.

 

Kerjasama diantara golongan Syariah dan ekonomi adalah amat penting dalam merungkai persoalan ini. Saya tidak memperkatakan perkara ini dengan begitu terperinci dan tidak pula merujuk kepada mana-mana jenama MLM wang wujud di Malaysia mahupun luar Negara.

 

Pengertian MLM


Secara umum Multi Level Marketing adalah satu cara pemasaran perniagaan dilakukan melalui banyak tingkatan (level), yang ditentukan bahawa seseorang itu tingkat atas (upline) secara mutlak sekiranya dia berada aras yang pertama dan tingkat bawah (downline) secara mutlak sekiranya dia berada di aras ini, menjadi tingkat bawah dilihat dari orang di atasnya dan tingkat atas dilihat dari orang yang di bawahnya.

 

Inilah jaringan perniagaan MLM (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA).

 

Bentuk MLM Yang Haram atau Syubahat

 

Ada beberapa bentuk system MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan system berikut:

 

Harga Tinggi Dari Biasa

 

Tabiat pemasaran dalam system MLM mengakibatkan harga jualan sesuatu produk jauh  lebih tinggi dari hrga biasa Gabhun Fahisy`, ia adalah amat tidak digalakkan. Menurut konsep akad seperti ini adalah terbatal.

 

Hukum jualan secara Ghabnun Fahisy` ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram – (Durar al-Hukkam FI Syarh Majalah al-Akham, klausa no 356, hlm 369).

 

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. – (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601).

 

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubahat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana ada unsure “harga lebih tinggi dari biasa”, ia Cuma salah satu unsure yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hokum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.


Apa yang ingin saya nyatakan Ghabnum di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system pyramid. Sebagai contoh saya pernah “terpaksa” membeli sebuah produk MLM.

 

Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempennya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji.

 

Inilah Ghabnum, sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan.

 

Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam system. Tapi saya senyapkan saja kehahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

 

Inilah maksud saya mempunyai unsure Ghabnun, mungkin unsure ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia dalah satu unsure yang memberi kean kepada awad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsure-unsur syubahat yang lain, ia boleh menjadi haram.

 

Ghabnun Pada Pendapat Ulamak

 

Mazhab Hanafi: Terbahagi kepada tiga pendangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan Ghabnun harus walaupun Fahisyh; Kedua, haram dan ketiga haram bila ada unsure penipuan sahaja – (Syarh ad-Dur, AL-Haskafi, 2/82)

 

Mazhab Maliki: Juga ulama mereka berbagai pandangan. Pertama; Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau Fahsiyh – haram; Kedua, Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM – (Al-Qawaid: Ibn Rusyd, hlm 601; Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzy, hlm 294)

 

Mazhab Syafie: Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya – (Al-Majmu`, 7/50).

 

Mazhab Hanbali: Ibn Quddamah berkata: “Ghabn Mustarsil adalah apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran …. Terutamanya apabila didesak (agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual” – (Al-Mughni, 4/78).

 

Justeru, perbincangan panjang tentang Ghabn sebenarnya menunjukkan terdapat jenis Ghabn yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan.

 

Apabila saya sebut `ghbn` sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku.

 

Semasa menulis artikel ini anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis Ghabn yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus?

 

Jika ya, maka itu pandangan anda, bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia lebih banyak jenis Ghbn yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hamper semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hokum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Syariah sejak dari awal.


Bersambung...