Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2016-08-11 11:59:46 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 234

Simpanan Syariah atau konvensional?

Bagi memenuhi permintaan ahli dan memberi pilihan kepada pencarum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan Simpanan Syariah berkonsep syariat Islam berkuat kuasa pada Januari 2017.

 

Bermula 8 Ogos lalu, kesemua 68 cawangan KWSP di seluruh negara menerima pendaftaran ahli yang ingin menyertai skim simpanan pelaburan baharu tersebut.

 

Perlaksanaan itu berdasarkan permintaan tinggi daripada ahli KWSP semasa Rundingan Awam pada tahun lali yang menginginkan satu simpanan persaraan berlandaskan prinsip syariah diwujudkan.

 

Penukaran kepada Simpanan Syariah daripada akaun simpanan KWSP konvensional adalah tertakluk keapda persetujuan ahli KWSP itu sendiri dan bukan atas dasar paksaan pihak lain.

 

Meskipun begitu, ahli yang ingin melakukan penukaran tersebut dinasihatkan untuk memahami konsep Simpanan Syariah terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melakukannya.

 

Ini kerana ahli tidak boleh untuk memilih kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kiuat kuasa penukran dilakukan.

 

Bagi ahli yang berminat untuk memilih Simpanan Syariah, mereka perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan dan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti.

 

Untuk pihaj majikan, proses mencarum dan penguatkuasaan semasa adalah kekal. Tiada perubahan atau borang lain perlu diisi oleh majikan untuk pekerja yang memilih Simpanan Syariah.

 


Pengerusi Jawatankuaa Penasihat Syariah KWSP, Profesor Dr. Mohamad Akram Laldin berkata, Simpanan Syariah adalah pelaburan yang berasaskan kepada syariah dan pulangan daripada pelaburan ditentukan berdasarkan keapda prestasi pelaburan tersebut.

 

Katanya, sekiranya ada keuntungan dicatatkan, maka keuntungan itu akan dikongsi  bersama-sama dengan pelabur lain atau dalam situasi KWSP adalah berkongsi dengan pencarum yang lain.

 

"Begitu juga sekiranya terdapat kerugian, maka kerugian itu akan ditanggung bersama oleh semua pencarum.

 

"Simpanan Syariah akan menggunakan konsep 'wakalah' (mewakilkan). Pihak KWSP menjadi sebagai wakil kepada pencarum untuk mencarum pelaburan mereka dalam portfolio atau pelaburan berasaskan kepada konsep syariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP.

 

"Apabila pelaburan dikeluarkan, maka segala keuntungan yang dijana dariapda pelaburan ini akan dibahagikan keapda pelabur-pelabur berdasarkan kepada prestasi hakiki daripada pelaburan dilakukan," katanya seperti dipetik daripada laman web KSWP.

 


Dana bagi Simpanan Syariah itu adalah RM100 bilion iaitu lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan kjumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion, berdasarkan penyata kewangan pada akhir Mac 2016.

 

Peruntukan dana berjumlah RM100 bilion itu terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama, berdasarkan konsep 'siap cepat dia dapat'.

 

Selain itu, berdasarkan hasil kajian Selidik Rundingan Ahli ke atas inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang dijalankan pada April 2015, sebanyak 71 peratus responden atau ahli bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Syariah diperkenal.

 

Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburah patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum, selain pelaburan ini diperakui oleh jawatankuasa syariah itu.

 

Mengulas lanjut peranan jawatankuasa berkenaan, Mohamad Akram berkata, ia akan bertindak menasihati dan memastikan bahawa Simpanan Syariah yang disimpan oleh pencarum dengan KWSP adalah mematuhi segala prinsip syariah ditetapkan mengikut piawaian.

 

PELABURAN PATUH SYARIAH


Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP, Dr. Aznan Hasan berkata, pelaburan Simpanan Syariah akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah sahaja, sekali gus memastikan pulangan diperolehi terjamin bersih.

 

Selain itu, tambahnya, pulangan yang diberikan tidak mempunyai unsur-unsur melanggar syarak seperti riba, berunsur tidak pasti (gharar) atau pelaburan yang tidak patuh syariah seperti arak atau perjudian dan sebagainya.

 

 

"Pelabur perlu jelas bahawa KWSP mempunyai piawaian dan panduan pelaburan yang ditetapkan untuk menjamin bahawa pelaburan tersebut adalah patuh syariah, bersesuaian untuk menjamin tidak berlaku kerugian modal atau kerugian keuntungan," katanya.

 

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP, Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkata, KWSP mempunyai garis panduan dalam membuat pelaburan untuk Simpanan Syariah.

 

Katanya, dalam menentukan sesuatu pelaburan itu boleh atau tidak bagi dilaburkan dalam portfolio yang mahu dilaskanakan, ia dirujuk kepada garis panduan proses semakan syariah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM).

 

"KWSP juga mempunyai garis panduan syariah tersendiri iaitu apabila terdapat kes-kes tertentu tidak termasuk dalam piawaian ditentukan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan BNM, kita mempunyai pihak piawaian sendiri," katanya.

 

Tambahnya, jika KSWP ingin membawa pelaburan ke luar negara, terdapat beberapa garis panduan syariah pelu dilihat dan diikuti di peringkat antarabangsa, selain dijadikan garis panduan dalam menentukan jenis pelaburan mahu dilakukan.

 

-Tamat-


Sumber: Utusan Malaysia. Khamis 11 Ogos 2016 (Agama)