Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2016-08-15 16:23:23 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 208

Koperasi Keluarga Disaran Kenal Pasti Aset Dan Kekuatan Sedia Ada

Presiden ANGKASA, Dato` Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, melalui usaha menganalpasti kepakaran dalam kalangan para anggota mereka, koperasi boleh memberi tumpuan untuk menjayakan projek mahupun kegiatan ekonomi yang akan dilaksanakan oleh koperasi malalui nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan oleh anggota yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam projek yang diceburi oleh koperasi.

 

Dato` Abdul Fattah berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuaraty agung Permulaan Koperasi Warisan Cucu Cicit Imam Long Raub Berhad (dalam penubuhan) di Kompleks Rakan Muda Dong. Seramai 200 orang anggota keluarga Imam Long hadir pada majlis ini.


Menurut Dato` Haji Abdul Fattah, koperasi bersifat sebenarnya lebih kuat dan lebih berpotensi untuk bergerak maju memandangkan hubungan yang sedia terjalin sebagai anggota keluarga yang besar. Koperasi juga perlu mengenalpasti golongan professional dalam kalangan anggota malah dalam kalangan anak-anak anggota supaya pelbagai idea dan cadangan yang dikemukakan boleh disatu dan dilaksanakan secara bersepakat melalui semangat “bekerja bersama-sama demi kebaikan bersama” untuk kebaikan koperasi.

 

Beliau menjelaskan kini sudah banyak koperasi berkonsep keluarga telah bernjaya menjalankan aktiviti ekonomi dan memberi manfaat kepada anggotanya dalam pelbagai bentuk termasuk melaksanakan tanggungjawab social kepada para anggota yang memerlukan.

 

Beliau memberikan contoh usaha baik yang boleh dibuat oleh koperasi keluarga ialah membangunkan tanah peninggalan keluarga untuk dimajukan sebagai tapak projek perumahan yang apabila siap dibina, ia boleh dijual kepada anggota keluarga pada harga yang berpatutan. Ini dapat membantu anggota-anggota koperasi keluarga memiliki rumah sendiri dan boleh merapatkan silaturahim dikalangan keluarga.

 

Para anggota koperasi yang berkemahiran juga boleh membantu membangunkan projek tersebut dengan kos khidmat professional yang minima hasil gabungan usaha yang dibuat dalam kalangan anggota yang berpengetahuan dalam bidang perumahan.

 

Dato` Haji Abdul Fattah juga berharap supaya setiap anggota dalam koperasi membeli banyak saham koperasi agar ia boleh dijadikan modal bagi koperasi manjalankan perniagaan.


“Sebagai contoh bagi koperasi yang mempunyai keanggotaan seramai 500 orang dan jika setiap anggota boleh membeli RM1,000 saham koperasi, jumlah modal yang boleh dikumpul sudah mejangkau setengah juta ringgit”.

 

“Anggota yang telah lama menganggotai koperasi juga perlu menabah saham masing-masing supaya koperasi dapat mengumpul modal yang bersesuaian untuk menjalankan sesuatu projek”.

 

Dato` Haji Abdul Fattah juga menjelaskan ANGKASA akan meluaskan lagi program mentor-mantee agar koperasi-koperasi yang besar dalam senarai kedudukan 100 koperasi terbaik Malaysia yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan koperasi-koperasi  yang baru ditubuhkan bagi membantu mereka menjalankan kegiatan untuk kebaikan anggota.

 

Buat permulaan ANGKASA menjalankan program mentor-mantee hanya dalam kalangan Koperasi Kariah Masjid dan program menunjukkan pencapaian yang begitu baik.

 

Sumber: Majalah PELANCAR (Julai 2016)