Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2017-09-29 19:38:35 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 76

Mencari Alternatif Terbaik Bai Inah (Bahagian 2)

Dalam usul fiqh juga trdapat kaedah Umum Al Balwa. Maksudnya, apabila ramai orang terjebak dalam sesuatu benda yang pada zahirnya tidak boleh (haram), bagi menjaga maslahat umum ianga dibolehkan tetapi dengan beberapa syarat.

 

Syarat yang pertama, ia mestilah tidak secara jelas bertentangan dengan nas qat`ei iaitu tiada dalam Al-Quran yang secara terang-terangan mengatakan tidak boleh. Sebagai contoh pengharaman arak dan judi.

 

Walaupun ramai umat Islam disesuatu tempat atau negeri minum arak dan bermain judi, ia tidak boleh menukar hukum pengharaman arak dan judi kerana nas pengharamannya jelas dinyatakan dalam Al-Quran.

 

Syarat kedua, mestilah ada ualama yang membolehkan perkara itu. Maksudnya tidak adanya jumhur ulama (kesepakatan ualama) yang menhalangnya atau mengatakan tidak boleh. Jika wujudnya jumhur ulama, maka ia tidak dibolehkan. Mesti ada satu golongan ulama yang mangatakan boleh, baru boleh.

 

Contohnya kita kata hukum makan telur penyu terutamanya di Terengganu. Zahirnya penyu itu sendiri kita tidak boleh makan, maka telurnya juga kita tidak boleh makan. Tetapi sesetengah ulama mengatakan boleh makan, kerana telur hukumnya suci. Bagi sesetengah kawasan yang ramai orang makan telur penyu, ia dibolehkan.

 

Syarat yang ketiga mestilah terlalu ramai yang terjebak sampai susah nak mengelakkannya. Bila sudah jadi umum al-balwa, dalam konteks Bai Ina ia dibolehkan.

 

dan yang keempat, tiada alternatif atau pilihan.

 

Kita ambil Bai Inah dahulu berpandukan kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas tadi iaitu tidak bertentangan dengan Al-Quran, mesti ada ulama yang mengatakan boleh, ramainya orang terjebak dan tiada alternatif lain.

 

Bai Inah ini adalah sekadar satu penyelesaian sementara bagi menyelamatkan orang Islam yang meminjam daripada ah long dan sebagainya.

 

Di Malaysia yang paling popular ialah pembiayaan peribadi dan pembiayaan perniagaan, Jangan sebut pinjaman (loan) kerana dalam perbankan Islam tiada istilah pinjaman. Yang ada ialah pembiayaan.

 

 

Kad kredit juga kita guna kontrak Bai Inah. Boleh dikatakan banyak kerana sebelum tahun 2007, boleh dikatakan semua bank di Malaysia menggunakan Bai Inah walaupun ada alternatif lain macam Murabahah (penjualan barang ( yang dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kepada pembeli yang membayarnya secara ansuran dengan harga yang melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama).

 

Kebiasaanya bank tidak menggunakan kontrak Murabahah ini kerana melibatkan tempoh maa yang lama. Bank akan gunakan kontrak Bai Inah. Hanya sesetengah kes yang tidak melibatkan tempoh waktu yang lama barulah bank menggunakan konsep Murabahah.

 

Baru-baru ini Bank Negara mengetakkan syarat-syarat Bai Inah. Rasionalnya, pertama kerana ada banyak pendapat yang mengatakan Bai Inah ini tidak boleh dilaksanakan berbanding pendapat yang mengatakan boleh.

 

Keduanya, Imam Shafie mengatakan bahawa jika dirancang awal-awal, Bai Inah ini tidak boleh. Sedangkan banyak produk-produk yang ditawarkan berkaitan Bai Inah ini telah dirancang. Ada borang, ada perjanjian.

 

Pelabur-pelabur luar juga tidak berasa selesa hendak berurusan dengan Malaysia terutama pelabur-pelabur dari Timur Tengah. Golongan Timur Tengah terutama dari Mesir, Turki dan India bermazhab Hanafi yang menggatakan Bai` Inah tidak boleh dilaskanakan (haram).

 

Untuk menggalakkan pelabur-pelabur luar datang melabur di Malaysia sesuai dengan rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam di rantau ini, sokongan daripaa negara-negara Timur Tengah adalah sangat penting. Sebab itulah Bank Negara memperketatkan syarat-syarat Bai` Inah tersebut.

 

Transaksi Bai` Inah perlu dilaksanakan secara sepontan. Tidak boleh ada dalam dokumen-dokumen yang mengatakan awal-awal lagi sudah merancang untuuk pembelian kedua dengan harga yang lebih rendah.

 

Berkuatkuasa pada Januari 2013, Lembaga Penasihat Syariah Bank Negara telah memperketatkan syarat-syarat Bai` Inah sehingga sukar untuk dilaksanakan. Tetapi ia tidaklah sampai ke tahap mengharamkannya. Di Malaysia juga ramai ulama yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan Bai` Inah.

 

Mana-mana pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kontrak Bai` Inah dan membawa kes mereka ke mahkamah, berkemungkinan akan diperintah membayar modal pembiayaan sahaja tanpa perlu membayar lebihan. Jika dia ambil RM10,000 contohnya, dia hanya perlu bayar RM10,000 sahaja.

 

Keduanya, bila akta berhubung perkhidmatan kewangan Islam dilaksanakan nanti, pihak yang melanggar peruntukan boleh dihukum penjara atau dikenakan denda. Mungkin lesen operasinya ditarik balik kerana telah melakukan jenayah perdagangan.

 

Alternatif terbaik untuk Bai` Inah? Kita ada pelbagai alternatif untuk pembiayaan peribadi dan pembiayaan perniagaan. Contohnya kaedah Tawarruk. Tawarruk menggunakan pihak ketiga untuk membeli. Contohnya saya beli pen dengan Ali secara hutang dengan harga RM10 dan kemudian Ali mencari pihak lain untuk membeli pen tadi dengan harga RM5.

 

Ada pihak ketiga membeli barang dari pelanggan dengan harga yang redah. Tawarruk di Malaysia menggunakan kontrak Murabahah. Bank beli komoditi dengan harga yang rendah dan jual kepada kita dengan harga tyang tinggi. Bank pula menjadi wakil kepada pelanggan untuk menjual komoditi itu dipasaran saham dengan harga pasaran.

 

Untuk pembiayaan perumahan, kita ada Musyarakah Mutanaqisah. Melalui kaedah ini, bank dan pelanggan menjadi pemilik bersama rumah yang dibiayai. Matlamat akhirnya menjadikan pelanggan sebagai pemilik tunggan rumah yang dibiayai. Malah diakhir proses pembayaraan, pelanggan berpeluang memiliki saham bank tersebut jika tidak menjual saham yang dimiliki hasil daripada transaksi itu.

 

-Tamat-

 

Penulis ialah Penasihat Syariah Standard Charteed Sadiq. Ustaz Abdul Latif Subky memulakan pengajian awal di Kuala Lumpur sebelum mengikuti pengajian tahfif di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur ketika berusia 10 tahun. Beliau kemudian menyambung pengajian tahfiz ke Turki (3 tahun) dan pulang ke tanah air untuk meneruskan pengajian sehingga lulus Sijil Tinggi Agama. Beliau kemudian menyambung pengajian ke Afrika Selatan dalam bidang pengajian Islam (Dirasat Islamiah) selama tujuh tahun. Bidang pengkhususan beliau adalah hadis, fekah, usuluddin dan Bahasa Arab.