Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2017-10-06 12:41:23 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 23

Pendusta jauh dari rahmat Illahi

Oleh: Ahmad Shukri Yusoff (Perunding Motivasi Islam Fitrah Power Resources)


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang meeka lakukan, kecuali sedikit daripada mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya." (Surah al-Maidah, ayat 13)

 

Allah SWT melaknat orang Yahudi dengan cara mencabut semula rahmat yang telah dikurniakan kerana mencabuli perjanjian taat setia terhadap nabi mereka. Allah SWT juga menjadikan hati mereka keras membatu, tidak terbuka untuk menerima hidayah dan beriman kepada-Nya.

 

Mereka sentiasa mengubah dan memesongkan kalimah Allah SWT, menafsirkan kitab Taurat berlainan dengan maksud yang dikehendaki Allah SWT Di samping itu, mereka berani mendakwa Allah SWT telah berfirman begitu dan begini, sedangkan Allah SWT tidak berfirman seperti itu.

 

Sesungguhnya, tiada jenayah yang lebih buruk daripada sikap berani memesongkan kalam Allah SWT yang ada dalam kitab Taurat. Selain itu, mereka juga meninggalkan sebahagian daripada yang dingatkan kepada mereka dalam kitab Taurat.

 

Usah tangguh taubat

 

Orang yang melanggar perjanjian telah merosakkan jiwa dan hatinya menjadi kekras. Mereka berani membunuh nabi alasan yang benar, becerita dusta mengenai Maryam, meghina puteranya yang menjadi rasul utusan Allah SWT untuk memperbaiki akidah dan akhlak mereka yang sudah rosak.

 

Malah, mereka berusaha membunuhnya dan berasa bangga dengan usaha jahat itu. Disebabkan perbuatan dosa itu, mereka jauh daripada rahmat Allah SWT.

 

Sudah menjadi sunnatullah, setiap perbuatan buruk pasti mempunyai kesan buruk terhadap jiwa pelakunya sehingga hati mereka menjadi keras untuk menerima kebenaran, tidak menerima nasihat dan hujah.

 

Oleh itu, mereka wajar mendapat kemurkaan dan kemarahan Allah SWT serta dijauhi daripada rahmat kurniaan-Nya.

 

Langkah mengubah hati yang ialah dengan bertaubat kepada Allah SWT. Menjadi kewajipan sesiapa yang terpesong dari jalan kebenaran besegera kembali keapda Tuhannya tanpa bertangguh kerana peluang itu belum tentu ada pada keesokan harinya.

 

Langgar janji


Setiap penangguhan untuk melakukan amalan berfaedah ertinya melanjutkan zaman kegelapan yang sepatutnya harys ditinggakan segera.

 

Al-Quran menjelaskan, hanya sebilangan kecil orang Yahudi yang setia kepada janjinya dengan Alah SWT. Ini kerana menipu dan melakukan penghianatan sudah menjadi kebiasaan kepada orang Yahudi sejak nenek moyang mereka lagi.

 

Rasulullah SAW diingatkan, Baginda akan melihat penghianatan dilakukan oleh Yahudi. Mereka adalah kaum yang tidak pernah menunaikan janji dan tidak akan membawa keamanan kerana manusia yang berani melnaggar janji Allah SWT tidak diharapkan memenuhi janji dengan orang lain.

 

Nabi SAW sewaktu masuk ke kota Madinah ingin hidup berdamai dan bersahabat dengan masyarakat Yahudi. Justeru, Baginda mengadakan perjanjian yang isinya mereka tidak dibenarkan memerangi nabi, membantu orang lain memerangi dan menghasut pihak lain memusuhi Baginda.

 

Yahudi dikhianati

 

Masyarakat Yahudi memilih untuk menyerah diri dan Nabi SAW mengusir mereka dari Madinah. Ketika bersiap-siap untuk keluar dari kota Madinah, Abdullah Ibnu Ubay menghalang dengan janji akan menolong mereka memerangi Nabi SAW.

 

Dalam keadaan ini, Nabi SAW menyedari mereka ingin berperang, maka Baginda bersama umat Islam keluar menemui mereka. Ali bin Abu Talib berada di hadapan sambil membawa bendera peperangan.

 

Sebaik tiba, tentera Islam mengepung kubu mereka dan apabila orang Yahudi berasakan tidak ada ruang untuk melawan, mereka meninggalkan perkampungan untuk menyelamatkan diri. Ketika itu mereka menyedari janji Abdullah Ibnu Ubay hanyalah tipu daya dan penghianatan.

 

Nabi SAW mampu menghancurkan mereka, tetapi memilih memberi kemaafan dan bersikap lemah lembut dengan sekadar mengusir mereka dari kota Madinah.

 

-Tamat-


Sumber: Berita Harian (IBRAH) Jumaat, 6 Oktober 2017