Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2017-11-24 16:17:46 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 32

Bahasa al-Quran pengaruh roh, jiwa Melayu

Dari Kaca Mata Dr Ismail Ibrahim (Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi)


Kehadiran pada Himpunan Ilmuan Warisan dan Peradaban Melayu di Universiti Islam Malaysia pada 8 dan 9 November lalu menjadi insprasi lebih positis agar kajian mengenai legasi Melayu dipergiatkan.

 

Usaha ini menarik puluhan cerdik pandai bagi membicarakan warisan Melayu, terutama dari sudut pandangan agama Islam, yang amat mempengarusi roh dan jiwa umat Melayu.

 

Pembicaraan saya dalam himpunan itu merujuk kepada satu surah di dalam al-Quran yang meletak 'bahasa' ditempat yang penting iaitu di permulaan surah Al-Rahman (55) ayat 2, ketika Allah SWT memulakannya dengan penciptaan-Nya yang amat penting bagi memakmurkan dan mentadbir alam dalam konteks universal, iaitu permulaannya dengan "Dia (Allah) yang menurunkan al-Quran yang penuh pengajaran, menciptakan manusia dan mengajarkan al-bayan."

 

Diajarkan al-Quran, kitab suci agung dan lengkap, diciptakan manusia menjadi khalifah dan pentadbir alam, kemudiaan mengajar Al-Bayan yang umunya ditafsirkan ramai sebagai bahasa, percakapan, alat konukasi dan kecedersan minda manusia.

 

Dengan itu, ayat yang berkenaan meletakkan peringkat kepentingan menjadi makhluk Allah SWT. PErtama, al-Quran, kedua manusia dan ketiga, bahasa.. Al-Bayan ini kemudiannya disedari manusia sebagai media, alat penting bagi alam dan peghuninya iaitu objek atau kepandaian amat perlu dikuasai oleh manusia.

 

Mukjizat Allah SWT tidak dapat dicabar sesiapapun

 

Berdasarkan hakikat ini dalam satu ayat al-Quran dijelaskan keagungan Tuhan yang dapat diselami rahsia dan tanda kebesaranNya, yang tersebut dalam ayat 22 Surah Al Rum "... dan di antara tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya ialah kejaidna langit dan bumi, dan kepelbagaian bahsa bumi, dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit kamu"

 

Kejadian makhluk bernama manusia ini bukan hanya dipelabgaikan dari segi muka hidungnya atau susuk badannya, malah warna kulit dan peraturannya juga berlaku dalam pelbagai bahasa yang begitu mewah kata-katanya, susunan ayat dan metaforikalnya.

 

Maka dengan itu ternyata hal  ini adalah mukjizat Allah SWT yang tidak dapat dicabar. Namun, variasi atau istilah 'bahasa' yang disebut Allah SWT dalam ayat di atas, tidak dibawakan istilah yang menggunakan kata nama 'bahsa' atau lughah dalam kalimah Arabnya, sebaliknya digunakan ialah Arab lisan yang bererti lidah, lambang atau kata nama menggantikan bahasa.

 

Rahsia pernyataan ini ialah untuk manusia berfikir dan memahami sendiri bahawa semua bahsa digunakan adalah bahsa kaum dan bangsa tertentu yang sama tarafnya dari perspektif ISlam.

 

Dengan itu semua bahasan akan dapat memahami segala istilah dan kata kunci dalam al-Quran, malah manusia dapat guna apa-apa sahaja bahasa yang dikeluarkan untuk bermunajat, berdoa, merayu dan menyerah diri kepada Allah SWT dalam kelpabagaian bahsa kerana semuanya itu adalah diluahkan melalui 'lisan' atau lidahnya.

 

Namun, bagi manusia yang beriman, mereka mestilah membaca dan menghafal ayat al-Quran yang tertentu dalam ibadat sembahyang dan memahami sebenar-benarnya kandungan al-Quran yang amat unik itu.

 

Sebab itu al-Quran berulang-kali menjelaskan keagungan al-Quran ketika Allah SWT menerangkan bahawa al-Quran diturunkan dalam lisan Arabi, yang memberi erti keseluruhan makna, amanah, rahsia keindahan dan keunikan al-Quran terdapat dalam penguasaan bahasa al-Quran, iaitu lisan Arabi itu sendiri.

 

Orang Melayu rata-ratanya amat memahami keunikan bahsa yang digunakan oleh umat yang menerima ISlam dan membudayakan segala istilah dan bacaan di dalam ibadat dengan menggunakan bahasa al-Quran itu sendiri, iaitu 'lidah Arab'.

 

Orang Melayu menyedari  bahasa Melayu yang kaya dengan jata istilah Arab terutama dalam konteks agama adalah bahsa ISlam itu sendiri kerana umat Melayu amat terkenal sebagai umat teliti dalam bahasa asal, terutama istilah yang mungkin sukar diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

 

Kepentingan bahasa kaum atau yang kita kenali sebagai bahsa kebansgaan, ditekankan juga oleh al-Quran ketika dijelaskan di dalam Surah Ibrahim ayat 4, yang menegaskan "Bahawa Kami tidak utuskan seorang Rasul, kecuali di dalam bahasa kaumnya", iaitu bertujuan seupaya Rasul dapat berkomunikasi secara lebih berkesan dengan kaum dan umatnya masing-masing.

 

Usaha harus dilakukan supaya bahasa kita sebagai bahsa Islam itu dipertingkatkan penggunaannya dalam hubungannya dengan ajaran Islam, malah ufuk minda umat Islam yang berasaskan sudah cukup menjadi alim dan ahli agama dengan menghafal al-Quran, sudah tiba masanya dilonjakkan ke daerah lebih holistik dalam pembelajaran al-Quran itu, sungguh pun sememangnya dengan mendengar, menulis dan menghafal al-Quran seseorang itu sudah mendapat pahala.

 

Legasi bangsa Melayu dari aspek bahasanya

 

Namun, sudut itu hanyalah antara bahagian daripada perhubungan agama, iaitu perhubungan dengan Tuhan, namun mungkin tidak banyak kefahamannya dalam menghayati dan melaksanakan segala ajaran Islam, terutama dalam sistem dan kaedah perhubungan dengan manusia dan alam kerana hafiz itu mungkin tidak memahami mesej sepenuhnya dalam dua hubungan terakhir ini.

 

Inilah sebenarnya warisan dan peradaban Melayu yang seharusnya diperkayakan dan diagungkan ke kemuncak peradaban dan budaya Melayu yang tinggi dan berkualiti serta mewujudkan alam Melayu yang tinggi dan berkualiti serta dapat mewujudkan alam melayu yang lebih sejahtera dan produktif dalam dunia Islam dan dunia lainnya, ketika dunia Islam dan lainnya kini berada pada peringkat rendah dan mundur, bercirikan peri laku jahiliah dan berunsur kehaiwanan, walaupun hanya segelintir manusia sahaja.

 

Orang Melayu memerlukan banyak ramuan daripada ilmuan sarjana dan pemikir untuk menghidupakan warisan peradaban mereka yang tinggi sebagai legasi bangsa Melayu itu dalam aspek bahasanya.

 

-Tamat-