Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2018-01-10 18:35:01 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 31

Industri 4.0 dijangka lebarkan jurang pendapatan

Berdekad lamanya kita dapat menyaksikan, bagaimana peradaban manusia berkembang di sekitar revolusi perindustrian sejak 1970 yang terbukti memberi impak positif dan negatif terhadap tamadun manusia.

 

Revolusi perindustrian pertama menyaksikan, penggunaan teknologi wap bagi bagi menggerakkan jentera yang sebelumnya tidak dapat dikawal dan digunakan oleh kudrat manusia. Revolusi perindustrian kedua pula memperkenalkan, tenaga elektrik yang merancakkan lagi industri pembuatan melalui kegiatan pengilangan secara besar-besaran terutamanya di kawasan lebih maju.

 

Kesinambungan dari revolusi kedua ini lahirlah revolusi ketiga yang berpaksikan penggunaan teknologi maklumat dan digital.

 

Penggunaan meluas sehingga kini dan membawa gaya hidup baharu dalam masyarakat. Dunia hari ini sedang bersedia pula menghadapai revolusi terbaru, Revolusi Perindustrian Ke-4, (Industri 4.0) yang akan membawakan gabungan pelbagai teknologi automatasi, Internet of Things (Iot), big data, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud.

 

Ramai pakai menyatakan, kebimbangan mereka terhadap kesan dari Industri 4.0 ini yang dilihat mampu melalui penciptaan robot, terutama yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI). Keupayaan automasi adalah teknologi moden yang tidak palgi perlu membabitkan manusia secara langsung. Robot ini mampu menggantikan manusia untuk melakukan pekerjaan mereka.

 

Kevin Drum dalam artikelnya bertajuk, You Will Lose Your Job to a Robot - and Sooner Than You Think meramalkan, separuh dari manusia akan hilang pekerjaan dalam masa 20 tahun akan datang.

 

Beliau berkata, ramai pemain industri perisian seperti Bill Gates dan Elon Musk sudah lama memberi amaran mengenai bahaya kedatangan AI ini tetapi tidak diendahkan oleh pembuat polisi, sebaliknya diperlekehkan oleh ramai penulis ekonomi dan teknologi.

 

Lebarkan jurang pendapatan

 

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) turut menyatakan, Industri 4.0 dijangka akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara penduduk. Masyarakat kelas menengah rendah diramalkan paling terjejas akibat kehilangan pekerjaan, susulan penggunaan robot yang akan menggantikan tenaga buruh mausia.

 

Hal ini kerana kelas ini tidak memiliki pengetahuan tersirat (tacit knoledge) untuk ditawarkan. Masyarakat kelas rendah pula masih mampu bertahan melalui perhatian istimewa dari pihak kerajaan dan industri. Menurut pandangannya lagi, Malaysia masih belum bersedia untuk menghadapi revolusi mendatang ini, merujuk kepada jumlah ahli akademik yang masih terkebelakang berbanding negara lain.

 

Beliau turut menekankan, kesan buruk revolusi ini terhadap kesaksamaan taburan pendapatan dan kemerosotan nilai akhlak serta adab yang akan timbul dari unsur kapitalisme yang akan menguasai dunia.

 

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, dalam tulisannya Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan Teknologi menyatakan, kebimbangannya terhadap nilai kemanusiaan yang mungkin merosot akibat dari kegagalan manusia menginsankan teknologi dan lebih buruk lagi menjadi manusia pula 'ditukarkan' menjadi seolah-oleh jentera berautomasi yang mengawal dunia tanpa roh dan hati nurani.

 

Berdepan dengan revolusi baharu ini, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai mencadangkan supaya Malaysia merangka satu pelan khusus bagi memanfaatkan revolusi ini untuk memperbaiki ekonomi, perindustrian, perdagangan dan cara hidup.

 

IPT perlu lebih fleksibel

 

Sementara itu, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 meneankan, peranan institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam menyediakan pelajar ke arah revolusi baharu ini. IPT perlu lebih fleksibel dan bersedia dalam memastikan tiada golongan masyarakat yang ketinggalan dalam era globalisasi dan digital itu.

 

Presiden Universiti Northeastern, Josep Aoun dalam artikelnya bertajuk, How to Robot-Proof Student for the age of Ai, ada menjelaskan kerperluan sektor pendidikan tinggi untuk melahirkan graduan yang kalis-robot. Beliau menggariskan tiga komponen yang perlu ada dalam rangka tindakan sesebuah IPT.

 

 

Pertama, mengintegrasikan kecelikan teknikal dengan literasi unik manusia seperti kreativiti dan sifat keusahawanan agar dapat membuahkan idea yang bersifat original meskipun berada dalam era AI. Kedua, menggalakkan pelajar memperbaiki ciri-ciri kemanusiaan seperti empati dan semengat berkumpulan. Ketiga, mejadikan pelajaran sepanjang hayat  sebagai suatu keperluan dan tidak sekadar bersandar kepada pembelajaran dalam kelas tetapi juga mendedahkan pelajar kepada situasi kehidupan sebenar.

 

Kesimpulannya, kedatangan Revolusi Perindustrian Ke-4 mampu mencabar manusia dan nilai kemanusiaan dari pelbagai aspek dan sudut termasuk ekonomi, tenologi, sumber manusia dan integriti kemanusiaan. Wajarlah bagi kita untuk mempersiapkan diri dan negara kerana suka atau tidak, revolusi ini perlu kita hadapi untuk berjalan seiring dengan kemajuan dunia. Namun, kita haruslah bijak menangani segala kemungkinan yang akan berlaku susulan revolusi ini dengan bersedia bersama peracangan yang terperinci.


 

-Tamat-

 

Nurhuda Hazirah Kamaruddin

Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.