Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2018-01-29 16:35:05 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 45

Penswastaan Institut Zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia

Oleh: Sanep Ahmad, Hairunizam Wahid, Adnan Mohamad (Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

Abstarak

 

Isu bocoran bayaran zakat sering dibahaskan. Sesetengah individu didapati lebih gemar membayar zakat terus kepada asnaf berbanding membayarnya kepada institusi formal sebagai amil yang dilantik. Malah terdpat individu yang membayar zakat di luar kawasan permaustatin mereka. Keadaan ini tentunta menjejaskan koleksi zakat dan seterusnya memberi kesan keapda keberkesanan agihan. Walaupun kewujudan institusi formal seperti PPZ dan PZA dapat memperbaiki pengurusan zakat dari segi kutipan dan agihan namun gejala ini tetap berlaku. Soalnnya ialah mengapa ia terus berlaku dan apakah faktor yang mendorong individu untuk terus berbuat demikian. Sehubungan dengan itu kajian ini akan meneliti apakah faktor yang dapat mendorong ketaatan individu untuk membayar zakat kepada institusi formal agar dengannya dapat mengurangkan bocoran dan menaikkan jumlah kutipan. Kajian dilakukan berdasarkan data primer dan dianalisis menggunakan keadah diskriptif dan model logit. Keputusan kajian mendapati bahawa rasa puas hati individu terhadap pengurusan institusi formal. Oleh itu untuk menarik lebih ramai individu kepada institusi formal maka institusi formal perlu terlebih dahulu meningkatkan kepuasan individu pembayar zakat. Di antara cara yang boleh dilakukan ialah memperbaiki prestasi, sentiasa menjaga nama baik, lebih transperen dan menambah agihan yang bersifat produktif.

 

Pengenalan

 

Islam merupakan satu agama yang lengkap mencakupi seluruh aspek dan ruang lingkup kehidupan manusia. Aspek persaudaran dalam kehidupan merupakan salah satu asepek yang sangat dititikberatkan. Ini kerana, tidak semua manusia yang hidup ini menikmati hidup yang mewah. Pelbagai golongan yang dapat dilihat mendiami bumi ini. Antaranya ada golongan yang terdiri daripada orang kaya, miskin, anak yatim dan sebagainya. Di sini, dapat dilihat, ada golongan yang bernasib baik dan sebaliknya. Sehubungan dengan itu, untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, maka Allah telah mensyari`atkan satu sistem atau kaedah yang dikenali sebagai "zakat" untuk membantu golongan tersebut.

 

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan apabila telah cukup syarat-syaratnya. Zakat disyariatkan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya untuk menyucikan harta dan diri mereka. Tujuan ini dapat dirumuskan daripada firman Allah SWT dalah surah Ar-Ra`d, ayat 26 yang bermaksud:

 

"Allah mencukupkan rezeki untuk orang-orang yang dikehendaki-Nya dan Dia pula yang membatasi-Nya. Dan mereka sukacita dengan kehidupan dunia ini, sedangkan keseukaan kehidupan dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah kesenangan sementara" (Surah Ar-Ra`d : ayat 26)

 

Harta manusia bukanlah milik mutlah manusia, sebaliknya ia adalah kurniaan Allah SWT dan manusia hanyalah sebagai pemegang amanah. Allah SWT berfirman di dalam surah An-Nahl ayat 71 yang bermaksud:

 

"Dan Allah melebihkan rezeki setengah kamu dari yang lain, tetapi orang yang diberi kelebihan ia tidak mahu mengembalikan rezekinya itu kepada orang yang menjadi kekuasaan tangan kanannya, agar mereka menjadi sama. Apakah nikmat Allah itu mereka ingkari". (Surah An-Nahl : ayat 71)

 

Kewajipan melaksanakan ibadah ini terkandung dalam rukun Islam yang keempat. Ibadah ini akan wajib dilaksanakan oleh seseorang Islam apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya yang lain mengikut 'uruf yang telah difatwakan oleh ulama` mut`tabar. Di Malaysia, terdapatsebuah institusi formal yang bertanggungjawab untuk mengurus hal-ehwal yang berkaitan dengan urusan penerimaan dan penghasilan hasil zakat mengikut asnaf yang telah ditetapkan. Institusi ini dikenali sebagai "Pusat Pungutan Zakat" mengikut negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Pusat Pungutan Zkat ini diletakkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Negeri. Dari segi struktur pengurusan dan pentadbiran ia bergantung kepada Majlis Agama Islam Negeri yang bertanggungjawab menguruskannya.

 

Perbezaan dari segi pengurusan dan pentadbiran ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian kaedah dalam aktiviti pengagihan hasil zakat. Ini merupakan salah satu faktor yang dapat menimbulkan permasalahan dalam urusan pengagihan hasil zakat. Di dapati sehingga kini peranan institusi zakat sebagai badan untuk membantu golongan miskin tidak dapat diserlahkan dan kurang menyakinkan. Salah satu punca atau penyebab kegagalan ini adalah berdasarkan jumlah kutipan zakat yang dikatakan sedikit jika dibandingkan dengan orang yang layak membayar zakat. Kekurangan hasil kutipan zakat ini menyebabkan ia tidak mencukupi untuk digunakan untuk membantu golongan asnaf sebagaimana sepatutnya.

 

Terdapat dua faktor telah dikenalpasti sebagai punca kekurangan jumlah hasil pungutan zakat oleh Jabatan Agama Islam Negeri iaitu pertamanya kerana ketidak patuhan sesetengah individu untuk membayar zakat khususnya zakat bagi harta yang diittifa`. Faktor kedua adalah berlakunya bocoran di mana individu yang membayar zakat, lebih suka membuat bayaran terus kepada asnaf daripada membayar melalui institusi zakat. Ini menyebabkan jumlah zakat yang dapat dikumpul oleh institusi zakat berkurangan walaupun wamai individu membayar zakat.

 

Oleh itu, pihak institusi zakat khususnya mula memikirkan beberapa usaha untuk meningkatkan hasil kutipan zakat. Dua tindakan utama yang telahj diambil ialah dengan meningkatkan kesdaran individu untuk membayar zakat dan menswastakan institusi pungutan dan agihan zakat.. Bagi meningkatkan kesedaran membayar zakat, pelbagai program kesedaran dan pemahaman tentang zakat telah dijalankan. Semua kaedah dan cara yang mungkin dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang pentingnya membayar zakat seperti media masa, seminar, ceramah, edaran dan kursus juga dilaksanakan. Kesan program tersebut sedikit sebanyak telah menunjukkan kesedaran masyarakat tentang zakat telah meningkat. Namun demikian satu perkara yang kini menjadi persoalan kepada jabatan agama ialah adanya golongan individu yang enggan membayar zakat melalui institusi zakat tetapi sebaliknya membayar terus kepada asnaf. Tindakan ini menyebabkan bayaran zakat tidak direkodkan serta terkeluar daripada jumlah kutipan di institusi zakat.

 

Jika dinilai dari sudut fiqh, memang tidak dinafikan bahawa pembayaran zakat dibenarkan sama ada melalui institusi khusus atau terus kepada asnaf iaitu individu yang layak menerima zakat. Namun demikian, tindakan individu membayar terus kepada asnaf mengakibatkan jumlah kutipan yang diperolehi oleh institusi zakat berkurangan dari yang sepatutnya. Bayaran terus kepada asnaf ini dikatakan sebagai bocoran dari kutipan institusi zakat. Persoalannya sekarang ialah apakah  puncanya perkara ini boleh berlaku. Dalam usaha meningkatkan jumlah pungutan zakat, beberapa negeri di Malaysia telah melaksanakan program penswastaan dalam mengutip zakat. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan serta Pusat Zakat Selangor misalnya telah ditubuhkan sebagai institusi untuk mengutip zakat. Usaha penswastaan tersebut serta kempen kesedaran yang beterusan ternyata telah menambah jumlah kutipan zakat. Walaupun peningkatan tersebut bukanlah semata-mata berpunca daripada penswastaan atau kesedaran tetapi ternyata ia telah menunjukkan satu kesan positif.

 

Bersambung...