Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2018-01-31 18:46:20 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 37

Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia (Bahagian 2)

Permasalahan kajian

 

Persoalan yang dianggap penting pada masa sekarang adalah berikatan dengan maalah bocoran iaitu masih terdapat individu yang enggan membayar zakat melalui institusi formal atau institusi zakat. Walaupun tidak terapat statistik tepat tentang bilangan individu yang membayar zakat terus kepada asnaf, namun adalah dipercayai bahawa jumlahnya adalah ramai. Meskipun masyarakat telah dimaklumkan tentang kelemahan kaedah pembayaran terus kepada asnaf seperti berlakunya pertindihan, tidak merata dan jumlah yang tidak saksama namun masih tetap wujud individu yang melakukannya. Amalan sebegini akan menimbulkan persaingan kepada institusi formal seperti Pusat Pungutan Zakat untuk menarik lebih ramai pembayar zakat secara berpusat, meningkatkan jumlah kutipan dan mengagihkan kutipan zakat dengan lebih berkesan dan telus. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bocoran zakat iaitu pembayaran zakat melalui institusi tidak formal dalam sistem ekonomi.

 

Satu tindakan perlu dilakukan untuk menarik dan menggalakkan orang ramai membayar zakat melalui institusi formal supaya urusan bayaran zakat dan agighannya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan terurus. Perkara yang timbul dalam isu ini adalah punca ataupun faktor-faktor yang menyebabkan orang ramai membayar zakat kepada institusi tidak formal dan tidak kepad ainstitusi zakat. Antara faktor yang diberikan adalah seperti pengurusan tidak cekap, pecah amanah, agihan tidak betul dan sebagainya. Ini merupakan faktor nama baik atau "good will". "God will" menerangkan bahawa apabila nama baik sesebuah institusi terpelihara, maka tidak wujud sebarang sebab (dalam konteks zakat) pembayar zakat tidak membayar melalui institusi formal. Selain faktor nama baik ini, didapati terdapat faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam mempengaruhi kepatuhan membayar zakat kepada institusi formal. Antaranya ialah faktor jantina, umur individu, tarak perkahwinan, pengetahuan agama, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan, bilangan tanggungan dan perbelanjaan bulanan.

 


Semua faktor-faktor ini akan dianalisis untuk melihat kesannya kepada kepatuhan pembayar zakat ini melalui institusi formal. Dalam mempertingkatan lagi pengurusan zakat, maka institusi zakat telah melantik atau menubuhkan anak-anak syarikat yang dipertanggungjawab untuk mengurus mengenai kutipan dan agihan zakat. Dalam erti kata lain, ianya melakukan program penswastaan. Misalnya Pusat Zakat Selangor merupakan anak syarikat di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Begitulah juga dengan Pusay Pungutan Zakat Pahang yang ditubuhkan pada 2 Januari 1996, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada Januari 1991, Pusat Zakat Negeri Sembilan yang ditubuhkan pada Januari 2000, Pusat Zakat Melaka yang ditubuhkan pada 19 September 2000 dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang ditubuhkan pada Jun 1995. Anak-anak syarikat ini semuanya di bawah seliaan majlis agama negeri masing-masing yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal yang berkaitan dengan kutipan dan agihan zakat.

 

Kajian lepas

 

Terdapat banyak kajian mengkaji kesan penswastaan kutipan zakat di Malayia. kajian My Zyadi & Mariani (1999) contohnya merumuskan bahawa penswastaan kutipan zakat yang telah dilakukan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia menunjukkan penambahan dalam jumlah hasil kutipan. Keadaan ini dialami oleh seluruh negeri yang melakukan penswastaan kutipan zakat. Namun demikian, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa penambahan hasil kutipan tersebut bukanlah semata-mata kesan daripada penswastaan. Kajian ini telah dosokong oleh kajian Nor Ghani Md. Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail (2001) yang telah membuktikan bahawa walaupun penswastaan institusi zakat telah berjaya menambah hasil kutipad zakat tetapi sebenarnya penambahan tersebut adalah tidak signifikan. Peningkatan tidak signifikan tersebut membawa kepada beberapa implikasi iaitu peningkatan hasil kutipan zakat bukan semata-mata berpunca dari penswastaan institusi zakat. Ia mungkin berpunca dari faktor lain seperti peningkatan jumlah pembayar zakat dan peningkatan jumlah pendapatan individu hasil daripada peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. selain itu, peningkatan tidak signifikan tersebut juga berkemungkinan menandakan bahawa masih berlaku bocoran wang zakat dari institusi zakat.

 

Perkara sebegini masih lagi berlaku mungkin dari sikap individu itu sendiri iaitu pertamanya, ada segelintir tetap dengan sikap enggan membayar zakat; kedua sikap individu yang tidak perihatin tentang tempat di mana ia membayar zakat asalkan mudah untuk membayarnya dan ketiga sikap individu mencerugai keupayaan institusi kutipan zakat dalam menjalankan tugasnya. Terdapat kajian menunjukkan keengganan membayar zakat atau enggan membayar zakat melalui institusi adlah melibatkan sikap individu tersebut. Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) menyatakan bahawa sikap kepatuhan amat penting dalam menentukan kepatuhan untuk membayar zakat. Sekiranya sikap patu tidak ada pada diri mereka maka individu tersebut tidak akan membayar zakat.

 

Aidit (1998) juga sependapat dengan Kamil dan menyatakan untuk menyelesaikan masalah keengganan membayar zakat bukanlah satu perkara mudah. Beliau berpendapat ia bergantung kepada tahap keimanan dan kesedaran seseorang individu. Tahap keimanan yang lemah ada kaitan dengan sikap tidak mahu membayar zakat terutama jika tidak ada akta yang ketat mengenainya. Seseorang mungkin akan takut dan patuh sekiranya ada akta dan undang-undang sebagaimana iia akan membayar cukai kerana adanya akta cukai. Sebahagiannya pula mungkin merasakan kewajipan zakat dianggap sebagai beban kerana tidak menyedari bahawa ia adalah tanggungjawab agama dan tanggungjawab sosial.

 

Qardawi (1998) juga menyatakan dalam kes ini bahawa faktor keimanan penting dalam menentukan tindakan ekonomi. Tanggungjawab agama yang berkait dengan harta mestilah didokong oleh faktor iman kerana tanpa iman ia tidak mungkin dapat dilakukan. Jika tanggapan ini berlaku maka individu akan menyamakan tanggungjawab zakat dengan beban cukai.. Abdul Hamid (1998) mendapati masyarakat masih tidak memahami dengan jelas tentang zakat. Terdapat individu yang memilih  cukai daripada zakat iaitu jika ia telah membayar cukai maka ia beranggapan telah lepaslah tanggungjawab zakatnya. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan agama berkenaan zakat juga mempengaruhi zakat dan seterusnya membayar melalui institusi zakat. Kamil (2002) dalam kajiannya yang lain mendapati dan memperkukuhkan lagi hipotesisnya bahawa faktor sikap adalah penentu penting kepatuhan membayar zakat khususnya zakat pendapatan. Sikap adalah faktor dalaman individu dan ia telah dibuktikan menjadi salah satu faktor penentu kepada kepatuhan membayar zakat dan kepatuhan untuk membayarnya melalui institusi kutipan zakat.

 

Namun demikian terdapat persoalan lain yangh juga amat penting iaitu faktor institusi zakat. Ini adalah kerana keengganan seseorang individu membayar zakat bukan hanya disebabkan semata-mata oleh faktor dalaman individu iaitu faktor sikap atau tahap keimanan semata-mata. Terdapat beberapa kajian menunjukkan terdapat institusi zakat gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam hal ehwal zakat terutamanya dalam aspek tentang keberkesanan kaedah agihan kepada asnaf yang terlibat. Kajian oleh Abdullah Ibrahim (1999) contohnya menjelaskan persoalan tentang keberkesanan kaedah agihan zakat. Keadaan ini boleh menjejaskan "good will" institusi zakat dalam menguruskan pengagihan zakat. Menurut beliau lagi kaedah pengurusan zakat pula antara adalah berbeza yang menunjukkan tahap kecekapan pengurusan juga adalah berbeza.

 

Kajian oleh Zulkefly, Mohd Azlan Shah & Hairunnizam (2002) turut menyokong bahawa peranan institusi zakat adalah amat penting. Kajian tersebut mendapati negeri Selangor merupakan negeri yang paling cekap dalam aspek pengagihan zakat berbanding negeri Perak, Negeri Sembilan dan Kedah. Ini berdasarkan data jumlah kutipan dan agihan zakat tahunan negeri yang menunjukkan negeri tersebut berjaya membelanjakan secara puratanya 80 peratu daripada kutipan zakat setiap tahun kepada lapan asnaf zakat. Kecuali Negeri Sembilan yang baru menswastakan institusi zakat, ini jelas menunjukkan penswastaan institusi zakat di Selangor telah berjaya meningkatkan jumlah kutipan dan seterusnya menguruskan pengagihan zakat dengan cekap. Walau bagaimanapun kajian ini tidak menunjukkan penilaian masyarakat terhadaop institusi ini, makamenurut Mohamed Dahan (1998), kaedah agihan zakat perlu dinilai oleh individu secara terbuka. Ini adalah kerana terdapat beberapa kes negatif yang pernah berlaku seperti salah guna kuasa dan pecah amanah wang zakat, pengurusan yang tidak cekap serta kaedah agihan yang dianggap tidak memuaskan di peringkat negeri. Akibatnya tanggapan masyarakat terhadap institusi zakat akan menjadi negatif walaupun prestasi laporan tahunan institusi zakat menunjukkan prestasi kutipan dan agihan yang memberangsangkan. Fenomena sedemikian mungkin menjejaskan mengapa individu enggan membayar zakat secara formal melalui institusi kutipan zakat.

 

Ringkasnya pembayaran zakat terutamanya melalui institusi formal amat bergantung kepada faktor dalaman yang melibatkan faktor iman, tahap pengetahuan agama, pendidikan dan sebagainya dan juga faktor luaran seperti kecekapan institusi zakat dalam mengagihkan zakat kepada asnaf. Oleh itu kajian ini akan mengkaji kesemua faktor dalaman dan luaran seperti jantina, umur individu, tarak perkahwinan, pengetahuan agama, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan, bilangan tanggungan dan perbelanjaan bulanan. Kajian ini juga mengkaji sejauh manakan pranan nam abaik institusi kutipan zakat melalui isntitusi formal. Nama baik yang dimaksudkan adalah merangkumi tahap kepuasan individu terhadap pengurusan agihan zakat oleh instutusi formal. Tahap kecekapan pengurusan agihan zakat dianggap rendah oleh pembayar zakat sekiranya berlaku unsur-unsur yang tidak sihat seperti pecah amanah, agihan zakat yang tidak sekata, kesukaran untuk membayar zakat dan sebainya.

 

Bersambung...