Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org







Dikemaskini pada: 2018-01-31 23:20:15 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 40

Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia (Bahagian 3)

Metodologi

 

Analisis kajian ini adalah kepada indivdu Islam merangkumi beberapa negeri di Malaysia. Persempalan dilakukan secara rawak ke atas 753 individu yang membayar zakat di enam negeri yang telah menswastakan institusi zakat iaitu Selangor, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Responden di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan digabungkan sekali memandangkan sampel yang dikutip kebanyakannya adalah di Lembah Klang. Setiap negeri diwakili oleh bilangan individu yang berbeza secara umumnya bergantung kepada saiz penduduk. Analisi regresi logistik akan digunakan untuk melihat kebarangkalian kepatuhan individu membayar zakat kepada institusi formal pungutan zakat ataupun tidak.

 

Regresi logistik merupakan model tatacara statik yang amat berguna dalam menganalisis data berkaitan kebarangkalian. Model regresi logistik menerangkan tentang kesan perubahan yang berlaku di dalam pembolehubah bebas.


Spesifikasi Model   


Dalam membentuk model regresi, pembolehubah-pembolehubah bebas yang berhubung dengan pembolehubah bersandar secara teori perlu dimasukkan. Spesifikasi model merangkumi fungsi persamaan model. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini berbentuk diktomus iaitu sama da membayar zakat secara formal  iaitu melalui pusat pungutan zakat atau membayar secara formal iaitu membayar terus kepada asnaf yang layak menerimanya.


Hasil Kajian


Setelah penganggaran dilakukan ke atas data-data primer di enam negeri terpilih dan pembolehubah-pembolehubah yang telah digunakan, maka analisis keputusan uni merangkumi dua bahagian iaitu analasis deskriptif dan analisis ekonometrik. Analasis ekonomektrik yang dijalankan adlaah analisis kebarangkalian atau perspeksi pembayar zakat terhadap iaitu formal yang dikaji dan keberkesanan faktor-faktor penentu melalui model logit binomial.


Implikasi Dasar


Kajian di keenam-enam negeri yang dikaji menunjukkan individu Islam berminat untuk membayar zakat kepada institui formal. Tetapi wujud juga individu Islam yang kurang berpuas hati terhadap agihan yang dilakukan kepada asnaf oleh institusi formal. Ini berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada institusi zakat sendri kerana ianya sudah tentu akan mewujudkan masalah bocoran dan kekurangan kutipan zakat. Ini akan memberi kesan kepada pengagihan zakat itu sendiri. Kajian ini membuktikan bahawa perasaan puas hati terhadap pengurusan dan agihan pusat zakat berhubung secara positif dan signifikan terhadap pembayaran zakat kepada agihan zakat yang dilakukan oleh institusi formal, maka wujudnya kemungkinan yang tinggi bahawa individu tersebut akan membayar zakat melalui institusi formal. Ini setelusnya akan meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat yang sedia ada setiap tahun. Ini bermakna bahawa perasaan puas hati memainkan peranan penting dalam menentukan tempat di mana pembayaran zakat akan dilakukan oleh individu muslim iaitu semakin puas hati individu terhadap pengurusan pusat zakat, semakin tinggi darjah kepatuhan untuk membayar zakat kepada pusat zakat.



Bersambung...