Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2017-11-30 16:09:36 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 60

Membudayakan Syariah Dalam Negara Demorasi (Bahagian 3)

4)  Pendidikan

 

Ilmu adalah asas pembangunan sesebuah tamadun atau negara. Sebelum Syariah dapat didaulatkan, teras kepada pembangunan ummah ini perlulaj di`Islam`kan dulu. Berbagai-bagai pendekatan diutarakan antaranya melalui 'pengislaman ilmu'. Cua kita hayati pandangan tokoh bahsa iaitu Dr. Awang Sariyan:

 

Dengan mengambil aspek bahsa dan liguistik, dengan kes khusus bahasa Melayu di Malaysia, gagasan pengislaman ilmu dapat dilaksanakan dengan mengambil kira langkah-langkah:

 

Mencari asas-asas falsafah yang dapat dijadikan landasan untuk merumuskan falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahasa bagi bahasa Melayu, dengan tasawur atau pandangan hidup Islam sebagai dasarnya.

 

Merumuskan pendekatan dan kaedah penyeliddikan, perancangan dan pendidikan bahsa Melayu yang seseaui dengan kerangka falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahsa menurut sudut pandangan ISlam, dengan tidak pula menolak pendekatan yang sesuai daripada sumber Barat.

 

Meninjau kenyataan yang berlaku di sekolah untuk mendapat gambaran tentang perlaksanaan pendidikan bahasa Melayu menurut pendekatan bersepadu serta masalah-masalahnya dan kenyataan yang berlaku di pusat pengajian tinggi untuk mendapat maklumat tentang arah pengajian linguistik yang diamalkan.

 

Menyarankan strategi meningkatkan perlaksanaan falsafah pendidikan bahasa dalam konteks Reformasi Pendidikan Negara dengan penekanan kepada aspek pemantuan yang berkesan."

 

Seterus beliau membuat satu seruan penuh keikhlasan: Cabaran kebudayaan Barat dijangka akan beterusan dan umat ISlam perlu meneruskan jihad memurnikan segala segi kehidupannya dengan berlandaskan al-Quran dan sunah Nabi, termasuk dalam bidang ilmu dan pendidikan. Semua sarjana Muslim perlu bangikit menyertai gerakan pengislaman ilmu, bukan untuk memusuhi Barat, tetapi untuk menegakkan panji-panji dan Risalah Rabbani, suatu tanggungjawab asasi sebagai penerimaan agama Allah. Baharulah kita sebenarnya mengamalkan fahaman bahawa Islam itu ad-din, iaitu cara hidup yang menyeluruh dan baharulah kita menunaikan tugas kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh Tuhan bersama-sama dengan jin untuk beribadat kepada-Nya. Bahrulah juga kita memenuhi ikrar kita dalam doa iftitah setiap kali kita menghadap Allah dalam solat kita, iaitu sesungguhnya sembahyangku, amalku, hidupku dan matiku hanya untuk dan kerana Allah. Demikianlah, gagasan pengislaman ilmu tidak  seharusnya dianggap sebagai gimik atau slogan kersarjanaan, sebaliknya hendaklah difahami sebagai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan."

 

Seruan yang hampir sama juga diutarakan oleh Prof. Dr. Sidek Baba dan beliau menekankan tentang qualiti pendidik itu sendiri. Dalam tradisi Islam, pendidik tidak hanya berilmu atau tahu tentang subjeknya tapi dalam masa yang sama mempunyai kualiti peribadi yang berfaedah untuk diteladani murid. Dengan kualiti peribadi ia menjadi sumber rujukan dan ikutan murid dan disinilah berlakunya pemindahan adab atau juga disebut sebagai pemindahan budaya.

 

Sebenarnya sistem pendidikan kita sedang bertembung dengan pelbagai cabaran negatif yang dihasilkan antaranya melalui globalisasi dan ia membawa kepada kemorosotan nilai keinsanan. Antara cadangan penyelesaiannya ialah seperti yang diutarakan oleh Prof. Dr. Mohd. Yusuf Othaman ialah dengan memantapkan kekuatan aqidah.

 

Akidah merupakan doktrin atau sistem kepercayaan hidup manusia. Dalam Islam kekuatan akidah bermaksud kekuatan keimanan yang nutlak kepada Allah SWT, kewujudan malaikat, al-Kitab, al-Rasul, pembalasan di hari Akhirat dan juga ketentuan Ilahi. Kekuatan pegangan kepada doktrin hidup akan menghasilkan insan yang berprinsip dan mempunyai pegangan hidup yang tinggi. Dengan demikian kekuatan akidah akan menegakkan kekuatan untuk mencari kebenaran dan menjauhi kebathilan. Namun, usaha membangun akidah bukanlah terletak kepada individu sahaja. Ia seharusnya sebagai usaha semua pihak untuk membangunkan nilai-nilai hidup yang berpandukan kepada sistem kepercayaan yang kukuh dalam diri insan. Aktiviti yang melemahkan kekuatan akidah, akan mendatangkan kemusnahan kepada diri, masyarakat, keluarga dan negara.

 

5)  Sosial Budaya

 

Dalam kita hendakmembudayakan Syariah dalam kehidupan kita di Malaysia ini, kita perlu ingat satu hakikat yang amat mengeruskan iaitu masalah atau fenomena gejala sosial yang sedang kita hdapai dalam masyarakat kita seperti dadah, seks bebas, buang bayi, lepak, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, disko, black metal, lumba haram, kutu rayau, lesbian, gigolo, maknyah, pondan, dan seumpamanya yang kian merebak dalam masyarakat kita. Demikian juga gejala sosial di kalangan orang dewasa seperti sumbang mahram (zina mahram), rasuah, pembunuhan, arak dan judi, zina/pelacuran, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak/suami/isteri, menonton VCD lucah dan sebagainya.

 

Pelbagai alasan atrau punca kepada masalah ini telah diutarakan, antaranya:

 

1)  Kurang penghayatan agama dalam masyarakat

2)  Sikap ibubapa dan keruntuhan institusi keluarga

3)  Pembangunan ekonomi yang terlalu pesat

4)  Sistem pendidikan dan iklim di sekolah

5)  Sikap remaja dan pengaruh rakan sebaya

6)  Pengaruh media massa dan globalisasi dunia

7)  Pengaruh persekitaran

8)  Undang-undang yang sedia ada tidak berkesan

9)  Perubahan sosialisasi dalam masyarakat

10) Kepekaan yang bermusim tidak beristiqamah

 

Namun hakikatnya ialah 'penyelesaian masa jauh'. Justeru itu apa yang dicadangkan oleh Che Noraini Hashim berikut-ikut perli diberi perhatian.: "Sudah samapai masanya kita kembali kepada Islam dalam menyelesaikan masalah gejala sosial ini. Tidak ada pilihan lain bagi kita umat Islam di Malaysia selain dari kembali kepada syariat Allah SWT Malaysia perlu kepada satu undang-undang yang lebih universal yang bersesuaian dengan fitrah kejadian setiap manusia, mendapat kegerunan manusia dan keredaan Allah SWT. KErajaan perlu yakin bahawa Islam boleh! PerundanganNya sesuai dilaksanakan sepanjang zaman serta mengambil inisiatif mendaulatkan syariat Allah SWT sebagai alternatif yang 'mujarab' dalam menyelesaikan masalah gejala sosial di Negara ini. Mudah-Mudahan negara kita mendapat pengampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

 

KESIMPULAN DAN CADANGAN

 

Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapat mengambil kesimpulan seperti berikut:

 

1)  Umat Islam di negara ini hendaklah diberi peluang untuk menghayati Islam sepenuhnya dalam semua aspek pengajaran Islam;

 

2)  Menghayati tuntutan agama adalah sebahagian daripada hak asasi manusia yang diiktiraf oleh semua pihak;

 

3)  Membudayakan Syariah dalam semua aspek hidup adalah tuntutan Islam dan ia menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada ia individu, jemaah dan negara;

 

4)  Pemerintah dalam negara Islam hendaklah membuka peluang dan mengadakan program-program yang tersusun secara sistematik dalam rangka membudayakan Syariah kepada setiap lapisan masyarakat seperti mengaitkan pembangunan (RMK-9) dengan nilai-nilai Islam. Perkara ini hendaklah menjadi standing policy;

 

5)  Media massa, elektronik dan media cetak, kerajaan dan swasta, hendaklah berfungsi mendidik rakyat ke arah membudayakan Syariah, bukan semata-mata hiburan keterlaluan akan melahirkan generasi yang lemah daya tahan dan daya fikir yang akhirnya akan membawa kepada kehilangan jati diri dan daya juang, tidak sanggup bekerja keras dan cepat menyerah kalah. Keadaan ini adalah bertentangan dengan ciri orang Mukmin dan generasi rabbani;

 

6)  Bidang undang-undang adalah paling lembab dari sudut perkembangan jika dibandingkan dengan bidang mu`amalat dan kewangan Islam. Mahkamah Syariah kita masih di takuk lama kerana bidangkuasanya hanya dalam undang-undang keluarga dan ta`zir sahaja. Di manakah kedaulatan undang-undang Islam?

 

7)  Membudayakan Syariah hendaklah bermula dengan diri sendiri, keluarga, jamah dan negara.

 

-Tamat-