Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2018-02-07 16:56:46 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 21

Pemimpin perlu ada 4 nilai akhlak

Oleh: Dr Burhanuddin Jalan (Pensyarah Kanan di Jabatan Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)


Integriti dan bermaruah menjadi salah satu daripada lima maqadis syariah dalam Islam dan setiap individu perlu menyedari sikap integriti dalam tadbir urus serta memilih pemimpin.

 

Setiap orang percaya dan meyedari berakhlak mulia, jujur, ikhlas amanah, adalah sebahagian ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin di pelbagai peringkat sama ada tinggi, rendah, besar atau kecil sesuatu jawatan itu.

 

Antara buku sering dirujukdalam aspek kepimpinan iaitu Leadership Challenge yang ditulis oleh Kaouzer dan Posner (1995) telah menyebutkan, salah satu khas pemimpin sangat dikagumi ialah pemimpin yang mempunyai nilai integriti dalam dirinya.

 

Menurut syariat Islam, pada umumnya terdapat empat nilai akhlak yang perlu ada pada diri setiap pemimpin dan jika nilai itu dapat dihayati, ia akan menjadi pemimpin yang sentiasa dikenang oleh pengikutnya.

 

 

Empat nilai akhlak kepimpinan itu ialah jujur dan boleh dipercayai. Sifat jujur adalah akhlak mulia yang sangat disanjung. Ibn Wayyim dalam kitabnya al-Fawaid menyebut bahaya melakukan perbuatan dusta atau berbohong dalam kehidupan.

 

Katanya, "berhati-hatilah daripada melakukan dusta atau tipu. Ini kerana perbuatan dusta akan merosak pemahaman diri terhadap sesuatu perkara sehingga kita lalai atau tidak dapat memahami hakikat sesuatu perkara itu. Dusta akan menjadikan seseorang itu tidak dapat menggambarkan sesuatu prakata yang besar serta tidak mempu untuk membimbing manusia ke jalan yang benar dan memberikan penjelasan keadaan yang sebenarnya."

 

Bersama orang yang benar

 

Ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! BErtakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar." (surah at-Taubah, ayat 119)

 

Islam juga menekankan kepaa aspek keadilan. Syariat Islam memerintahkan umatnya sentiasa memberikan umatnya sentiasa memberikan hak kepada yang berhak. Ini penting keran akeadilan itu menempatkan sesuatu perkara kepada tempatnya.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (suruh an-Nisa`, ayat 58)

 

Prihatin terhadap orang dipimpin

 

Kepimpinan yang baik juga mempunyai sikap keperihatinan terhadap orang yang dipimpinnya. Sikap perihatin yang ditunjukkan ialah perhatian atas dasar Allah SWT serta Rasul-Nya, bukan atas sebab atau kepentingan dunia yang lain.

 

 

Bentuk keperihatinan yang sewajarnya ialah wujudnya rasa persaudaran dan ukhuwah Islamiah sebenar.

 

Sanda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara mara, dan seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain." (Riwayat Abu Hurairah)

 

Islam juga sentiasa menitikberatkan aspek adab dalam kehidupan. Tokoh ilmuan, Prof Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Islam and Secularisme telah menegaskan kepentingan 'adab' dalam konteks yang menyeluruh, bukan adab yang difahami sebagai sopan santun semata-mata.

 

Adab membawa maksud tindakan berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu kepa pada tempatnya. Untuk mengetahui 'apa' dan 'di mana' tempat yang adil tidak memadai dengan ilmu semata-mata, tetapi memerlukan kebijaksanaan atau hikmah.

 

Oleh itu, dalam menyemai nilai integriti dan bermaruah elakkan daripada perbuatan rasuah atau bersikap curang dalam pekerjaan.

 

Laksana tugas

 

Daripada Adiy bin Amirah al Kindi, katanya, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa di antara kamu yang telah kamu tugaskan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan, lalu dia menyembunyikan daripada kami sebatang jarum atau lebih daripada itu, maka ia sesuatu yang salah (ghulul), yang akan di bawa pada Hari Kiamat. (Adiy) berkata, ada seorang lelaki hitam dari Ansar berdiri menghadap Nabi SAW seolah-olah aku melihatnya, lalu di berkata: Wahai Rasulullah, gugurkan daripada jawatan yang engkau tugaskan. Nabi SAW bertanya: Ada apa berlaku? Dia menjawab: Aku mendengar engkau berkata demikian dan demikian (maksudnya perkataan di atas). Baginda SAW bersabda: Aku katakan sekarang, (bahawa) barang siapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), maka hendaklah dia membawa (seluruh hasilnya), sedikit ataupun banyak, kemduian, apa yang diberikan kepadanya, maka dia (boleh) mengambilnya. Sedangkan apa yang dilarang maka tidak boleh diambil untuk dirinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

-Tamat-

 

Sumber: Berita Harian, Selasa, 6 Februari 2018 (AGAMA)