Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2017-08-21 17:21:29 | Ditulis oleh : Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman | Dibaca : 56

Hukum pilihan raya di musim haji

Saya dan rakan-rakan asatizah kerap ditanya hukum dan pandangan kami berikaitan ura-ura jika pilihan raya dilaksanakan sewaktu musim haji, adakah ia dibenarkan di dalam Islam?

 

Sebagai panduan sebelum sesuatu yang buruk itu berlaku, respons dan jawapan ini diberikan, kerana jika pandangan sebegini lewat diberikan sesudah keputusan pihak berkuasa dilakukan, pandangan berkaitan hai ini tidak boleh memberikan banyak kesan lagi. Justeru, sebelum terlambat dan juga sebagai jawapan kepada sebuah seoalan, ia dicoretkan.

 

Di dalam sistem demokrasi, pilihan raya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penteryaan rakyat dalam pilihan raya. Justeru kempan untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanah air.

 

 

Rakyat selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

 

Justeru, Pilihan raya dan proses pengundian TIDAK SAMA SEKALI WAJAR dilaksanakan sewatu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu jemaah haji dan petugas haji sedang berada di luar negara. Lalu terhalanbg dari menunaikan hak dan kewajipan mengundi atau menjadi calon.

 

Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu tentunya merupakan satu penghianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

 

Firman Allah yang mafhum: "Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu." (AT-Talaq: 2). Juga Firman Allah yang bermaksud:


"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil." (Al-Baqarah: 282)

 

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang berilmu memberi kesaksian bagi mengekalkan keadilan dan ke arah pencapaian keputusan terbaik, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian, khususnya apabila telah dipanggil oleh pihak mahkamah. Begitu juga keadaanya bagi pengundi yang telah berdaftar apabila munculnya pilihan raya umum.

 

Dalam konteks pilihan raya, rakyat bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Sekiranya pihak berkuasa memutuskan pilihnan raya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah satu tindakan yang akan menghalang rayat dari keluar menunaikan tanggung jawab mengundi.

 

Kefahaman dari ayat-ayat dan huraian para ulama tafsir silam dan kontemporari menunjukkan jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggung jawab memberi kesaksian, maka sudah tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negera. Ia adalah tergolong dalam umum erti ayat terbabit.

 

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakkan memberikan kesaksian sama ada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi swaktu pilihan raya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun.

 

Firman Allah SWT yang mafhumnya: "Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kemu kerjakan." (Al-Baqarah: 283)

 

Selain dari itu, berdasarkan penelitian tahap minda dan praktis masyarakat Malaysia, kelihatan jelas, pertempuran parti-parti dan penyokong dari parti bukan sekadar dalam meraih undi namun juga melibatkan kata-kata kesat dan cercaan di antara satu sama lain, dicampur pula dengan politik wang dan rasuah. Semua ini bertentangan dengan roh musim haji dan kemuliaannya. Mereka yang menlaksanakan haji di larang untuk:

 

"Sesiapa yang menunaikan haji, dan dia tidak berkata kotar dan tidak melakukan maksiat, dia kembali seperti di dilahirkan oleh ibunya." (al-Bukhari dan Muslim)

 

Namun perlu dingat, bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga, tiada pengecualian daripada kewajipan menjaga adab-adab hari raya Aidil Adha yang  mulia, malah kita disunatkan untuk bertakbir lebih dari satu hari, meunjukkan kebesaran dan keperluan mengingati kebesaran Allah sewaktu musim haji dan buykan 'berperang' mulut dan kempen kerana pilihan raya.

 


Justeru, kata-kata eksat dan petempuran lisan yang bercampur aduk caki  maki dan cercaan pastinya menghilangkan lagi keutamaan musim haji dan memecahkan persaudaraan Islam.

 

Kesalahan melakukan maksiat akan menjadi bertambah besar jika dilakukan di tempat atau pada masa yang dimuliakan. Maksiat secara mutlak mengurangkan pahala haji berdasarkan firman ALlah SWT yang  bermaksud:

 

"(Oleh yang demikian) sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji, maka tidak boleh bercakap atau berbuat lucah, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Ibadat Haji." (al-Baqarah: 197)

 

Akhirnya, saya dan rakan-rakan para asatizah dan pendakwah menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayai. Pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

 

-Tamat-