Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2017-11-30 12:50:45 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 51

Belajar sifat 20 perkukuh akidah

Sifat Allah SWT tidak terkira banyaknya dan kita perlu mengimani bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat kesempurnaan.

 

Bagaimanapun, hanya terdapat 20 sifat zat, iaitu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran yang wajib kita ketahui dan pelajar.

 

Mempelajari dan memahami sifat 20 itu akan membuatkan seseorang lebih kuat dan teguh dalam melakukan amal ibadat, sekaligus berupaya menguatkan keimanan kepda Allah SWT.

 

Sifat 20 ialah kaedah paling mudah dan jelas yang diperkenalkan oleh ulama tersohor, Syeikh Abu Hasan al-Asy`ari sejak kurun keempat bagi memahami komponen utama dalam akidah Islam iaitu rukun iman.

 

Rukun pertama ialah kepercayaan kepada Allah SWT dan pengajaran sifat 20 digunakan oleh ulama Islam sejak zaman berzaman bagi mengenali-Nya selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Pendakwah bebas, Muhadir Jall, berkata antara kandungan pengajian sifat 20 ialah hal berkaitan jirim (benda) dan `aradh (sifat) makhluk supaya tidak menyamankan Allah SWT dengan makhluk.

 

Tidak boleh disamakan

 

Beliau berkata, menurut ulama untuk menganal Allah SWT, terlebih dulu kita perlu mengetahui ciri makhluk kerana zat Allah SWT tidak boleh disamakan dengan makhluk.

 

Justeru, adalah dilarang sama sekali menyebut Allah SWT mempunyai anggota seperti makhluk-Nya iaiatu ada tangan, telinga, roh, daging dan darah.

 

"Sebab itu tidak boleh dikatakan Allah SWT mendengar dengan telinga walaupun kita menafikan kaedah pendengaran-Nya tidak sama seperti manusia.

 

"Mereka yang belajar sifat 20 akan menyebut Allah SWT melihat dan mendengar dengan sifat-Nya," katanya.

 

Beliau membincangkan kepentingan mempelajari dan memahami sifat 20 pada Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Perbahasan kepada 9 Persoalan AKidah yang diadakan di Majsjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

 

 

Menurut Muhadir, berdasarkan pemerhatiannya, tidak ramai yang menguasai ilmu sifat 20 yang memerlukan setiap satu sifat itu dihuraikan secara mendalam dengan kupusan berasaskan ayat al-Quran dan hadis.

 

Sukar cari guru

 

Katanya, ini mungkin disebabkan banyak faktor termasuk kesukaran mencari guru yang mahir memberikan kupasan mendalam mengenainya dan ada berpandangan ilmu itu rumit untuk diajarkan kepada masyarakat.

 

Oleh itu katanya, kebanyakan umat Islam hari ini hanya mempelajari sifat 20 secara dasr atau mengetahui maknanya semata-mata. Sedangkan, umat ISlam dilarang membuat andaian atau membayangkan Allah SWT dalam apa cara sekalipun, apatah lagi makhluk.

 

'Lemah penguasaan ilmu sifat 20 menyebabkan ada dalam kelangan umat Islam tidak sedar mereka memberikan taksiran yang salah sehingga dibimbangi menjurus kepada pemesongan akidah.

 

"Bagi mempelajari sifat 20 dengan mendalam, tidak boleh belajar secara sembrono terutama bagi yang baru hendak mengenalnya, perlu belajar secara talaqqi dengan guru yang ahli dalam bidang ini," katanya.

 

Muhadir turut mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati memilih taksif al-Quran keran ada sebahagiannya memberikan tafsiran terlalu literal atau berasaskan makna asal semata-mata.

 

Boleh gugat akidah

 

Keadaan itu berbahaya dan boleh menggugat akidah umat Islam kerana dalam ayat tertentu ia memberikan terjemahan kurang tapat termasuk menyamakan Allah SWT dengan perbuatan makhluk.

 

Antara ayat yang boleh dirujuk adalah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah, yang bersemayam di atas Arasy." (Surah Taha, ayat 5)

 

Perkataan bersemayam sepatutnya ditukar kepad 'menguasai' kerana ia seolah-olah merujuk kepada perliaku seorang raja, walhal Allah SWT itu sifatnya tiada batas tertentu.

 

Katanya, dalam bab tauhid, situasi waham atau menggunaan perkataan yang menyerupai makhluk tidak dibenarkan.

 

Bagi mengelak ia berlaku, maksud sebenar ditakwil atau diubah daripada makna asal kepada yang layak bagi Allah SWT.

 

Kepakaran untuk mengalih makna ia hanya dapat dilakukan oleh mereka yang menguasai sifat  20 sahaja.

 

Antara cabaran lainyang turut mempengarusi kemerosaotan pengajian sifat 20 apabila ramai terpengaruh dengan dakwaan yang melarang masyarakat daripada memperlajarinya kerana mendakwa ia berasal daripada flalsafah Yunani.

 

Kurang buku rujukan

 

Muhadir berkata, sesetengah pendakwah enggan memperlajari atau mengajarkannya kerana merasakan ilmu itu sukar dikuasai, memerlukan ketenangan dan pemikiran mendalam untu difahamai.

 

Ia ditambah faktor kebanyakkan rujukan sifat 20 adalah kitab lama dalam tulisan jawi dan mengguanakan bahasa klasik yang sukar untuk diterjemahkan.

 

"Kebanyakkan kitab lama ini bahsanya sedikit rumit dan agak berbelit-belit kerana terjemahan daripada teks Arab.

 

"Jadi, kadangkala susunan perkataannya tidak sama dengan bahasa Melayu dan ia tidak jelas sebagaimana penulisan dalam konteks semasa," katanya.

 

Beliau mengibaratkan ilmu sifat 20 sebagai lebih mahal daripada emas dan permata serta menasihatkan masyarakat tidak ambil mudah dalam hal berkaitan akidah.

 

Katanya, akidah yang benar adalah tiket yang akan memastikan seseorang itu akhirnya dapat masuk syurga, tidak kira berapa lama mereka berada di neraka.

 

Oleh itu, beliau menasihatkan umat Islam seupaya elak berbalah berkaitan ilmu sifat 20, sebaliknya pelajari, fahami seterusnya manfaatkan ilmu berkenaan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

 

-Tamat-

 

Sumber: Berita Harian, Jumaat, 24 November 2017 (IBRAH)