Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2018-01-08 11:31:45 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 41

Pengarang ilmu kedoktoran Arab pertama

Ensiklopedia.


Dilahirkan dalam keluarga doktor, ibnu Abi Ushaybiah atau nama penuhnya Muwaffakuddin Abu al-Abbas Ahmad bin al-Kassim bin Khalifah bin Yunus al-Khazraj adalah seorang ahli kedoktoran dan perubatan Muslim Arab.

 

Walaupun namanya kurang dikenali berbanding tokoh ilmuwan dalam bidang lain, namun Ibnu Abi Ushaybiah mempunyai sumbangan tamadun Islam terutama dalam bidang perubatan sehingga ke hari ini.

 

Mewarisi bidang tersebut daripada ayahnya yang merupakan doktor mata, beliau dilahirkan pada tahun 1194 di Damsyik itu juga dicatatkan sebagai ahli sehjarah kedoktoran pertama menulis trentang sejarah kedoktoran dan perubatan Arab.

 

Ibnu Abi Ushaybiah mendapat pendidikan awal mengenai perubatan adalah dengan bimbingan tokoh tersohor pada waktu itu antaranya termasuk Ibnu al-Baythar yang mengajarnya tentang ilmu botani. Beliau turut mendapat tunjuk ajar daripada bapanya (meninggal dunia pada 1251).

 


Kemahirannya dalam ilmu perubatan mula disumbangkan dengan bertugas di Hospital Nuri Damsyik dan Hospital Nasiri, MEsir.

 

Pada 1236, beliau dikatakan berkhidmat dengan pemerintah yang diterajui Izzuddin Ayhak al-Mu`azzami di Salkhad. Namun menurut versi lain menyatakan bahawa Ibnu Abi Ushaybiah diutus oleh doktor Saladin ke Mesir dan dilantik mengetuai Hospital Nasiri pada tahun sama.

 

Namun, setahun kemudian beliau meletakkan jawatan dan memenuhi panggilan tugas daripada Kesultanan Damsyik di Salkhad.

 

Di samping bertugas sebagai doktor, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan sasterawan. Ibnu Abi Ushaybiah banyak menghasilkan karya dalam bidang kepakarannya itu yang malangnya sebahagian besar daripadanya telah dinyatakan hilang.

 

Antara buku penulisan Ibnu Abi Ushaybiah adalah:


1.  Isal-at al-Munajjimin

2.  At-Tajaril-wa al-Fawil`id

3.  Hikayat al-Atibua` Fi ilajat al-Adawa.

4.  Ma`alim al-Umam

 

Selain karya tersebut, beliau juga banyak menulis syair. Karyanya paling masyhur ialah Uyun al-Anba` fi Tabakat al-Atibba (Live of the Phycians). Beliau menghimpunkan lebih 380 bibliografi ilmu kedoktoran yang bernilai tinggi kepada sejarah Sains Arab.

 

Karangannya ini membuktikan ketekunan dan kerajinan beliau menyalin secara satu persatu biografi sedia ada sebelum meringkaskan dengan memperjelaskan menerusi bahan-bahan tambahan.

 

Boigrafi itu disusun menurut negara dan generasi dengan susunan berukuran kecil (berbentuk maskhah kecil dan disempurnakan pada 1242. Ia juga ditambah dengan bahan-bahan baharu yang diambil daripada karya Ibnu al-Qifti berjudul Tarikh al-Hukama. Semua ini dikumpulkan menjadi satu dalam sebuah jilid besar pada 1268.

 

Gaya sastera daripada karyanya turut disalin semula dan dipopularkan oleh sasterawan lain termasuk daripada barat.

 

Antaranya, Uyun al-Anba` fi Tabakat al-Atibba yang mengandungi beberapa rencana popular dikaji oleh seorang penulis Barat, A. Muller, yang juga menyiapkan teks edisi berdasarkan susunan itu kemudiannya dicetak di Msir pada 1882.

 

Di samping itu, Najamuddin Fahad juga pernah menyusun buku mini ini secara terperinci. Uyun al-Anba` fi Tabakat al-Atibba merupakan karya yang diterbitkan dalam beberapa edisi komersial dan dicetak ulang oleh Dr al-Fikr, Beirut pada 1955-1956.

 

Beberapa orientalis beranggapan buku ini diakui sebagai buku teks penting sejak pertengahan abad ke-19 Masihi. Terjemahan bahasa Perancis diterbitkan oleh Sanguinetti (1854-1856), manakala dalam bahsa Jermas diusahakan oleh Hamed Waly.

 

Dalam pada itu, pada 1958, M do Algiers, H. Jahier dan Abdel Kader Noureddin sebagai penyunting bersama telah menterjemah dan menambah bab tentang mengenai ahli kedoktoran Barat Muslim.

 

Tokoh kedoktoran Islam itu menghembuskan nafas terakhir pada 1270 di Salkhad.

 

-Tamat-


Sumber: Utusan Malaysia, Isnin, 8 Januari 2018 (Mega Mimbar)