Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2018-01-10 16:52:08 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 16

Balas nikmat masa dengan kebaikan

Oleh: Nik Hasnah Ismail (Pengurus Barita Radio IKIMfm)

 

Nikmat paling utama dalam kehidupan manusia adalah waktu. Ini kerana bagi sesiapapun masa adalah perkara yang paling berharga dalam kehidupan.

 

Sebab itulah ada banyak peribahasa yang dikaitkan dengan masa seperti 'masa itu ibarat mata pedang', 'masa itu emas', 'waktu yang perigi tidak akan kembali' dan banyak lagi.

 

Jika ditanyakan kepda sesiapapun akan hal berkaitan masa, jawapan yang diberi pastinya sama iaitu antara perkara yang paling bernilai dalam hidup ini adalah nikmat masa.

 

Ini kerana jika tiada masa, maka tiadalah berpisah dengan manusia kerana setiap yang hidup di muka ini berjalan atas landasan masa atau waktu.

 

Bahkan masa itu ibarat modal bagi setiap insan. Andainya seseorang peniaga yang mempunyai modal yang banyak tetapi tidak tahu untuk menggunakannya maka ia akan membuat dirinya rugi.

 

Manfaatkan waktu

 

Bagitu juga bagi seseorang mukmin yang dikurniakan masa setiap saat, minit, jam dan waktu jika tidak tahu menguruskan masa dengan sempurna akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi.

 

Rasulullah SAW menginggati mukmin dengan satu peringatan yang cukup bermakna berkaitan masa dan kehidupan menerusi hadis daripada Ibnu Abbas, Baginda bersabda: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lim aperkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Msa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat Hakim dan Baihaqi).

 

Hadis ini satu tarbiah bagi mukmin mengingatkan diri supaya memanfaatkan waktu dengan melakukan perkara yang mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

 

Kunci lima perkara

 

Bahkan lima perkara yang ditekankan dalam hadis itu adalah kunci penting bagi seseorang mukmin untuk menanam misi dan visi yang jelas supaya da[at mencapai kejayaan bukan hanya di dunia malah di akhirat yang kekal abadi.

 

Allah SWT mengurniakan manusia dengan 360 sendi atau tulang dan kurniaan hebat ini harus 'disedahkan' semua kepada Pencipta dengan jalan kebajikan dan kebaikan.

 

Setiap hamba yang beriman perlulah membalas semula pemberian Allah SWT ini dengan ucapan zikir dan amalan yang mendatangkan kecintaan Allah SWT kepada hambanya.

 

Atas faktor itulah ulama menganjurkan mukmin melaksanakan solat sunat Dhuha sebagai salah satu cara untuk 'membayar' semula setiap kurniaan yang Allah berikan.

 

Nikmati anugerah waktu

 

Hidup ini cukup singkat untuk dibazirkan dengan perkara lalai yang tidak mendatangkan faedah. Sewajarnya setiap mukmin menggunakan anugerah waktu yang dimiliki dengan membangunkan diri melalui perbuatan yang akan membawanya menghuni syurga Allah Taala.

 

Ini kerana jika di dunia ini waktu yang dihabiskan dengan perkara yang sia-sia sesungguhnya akan mendatangkan penyesalan buat selama-lamanya.

 

Allah SWT telah merakamkan sikap mukmin yang membazirkan kurniaan waktu yang diberikan melalui al-Quran yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalikan kami dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah golongan yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

 

Sesungguhnya mereka yang kurang amal soleh akan menyesal atas perbuatannya. Kekesalan atas setiap kesilapan di dunia ini masih ada waktu untuk memperbaikinya tetapi menyesal di akhirat tidak ada peluang untuk menebusnya.

 

Oleh itu, janganlah menjadi orang yang barada dalam kerugian kerana kesudahan hidup seseorang mukmin itu ditentukan oleh bagaimana di amenguruskan kehidupannya.

 

Masa yang pergi tidak akan kembali lagi, waktu yang telah ditinggalkan tidak mungkin akan dapat digenggam semula.

 

Hanya yang mampu kembalik adalah amal soleh yang telah dilakukan di muka bumi ini.

 

-Tamat-

 

Sumber: Berita Harian, Rabu, 10 Januari 2018 (AGAMA)