Tel: 03-6188 4064 | E-Mel: info@yayasanmuslimin.org






Dikemaskini pada: 2018-01-29 13:36:24 | Ditulis oleh : Editor | Dibaca : 37

Contohi pendidikan di Jepun lahir pelajar kreatif, beradab

Oleh: Prof Datuk Dr Zakaria Kasa (Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara)


Guru, ibu bapa dan masyarakat ingin melihat pendidikan berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, di samping beradab dan berakhlak mulia. Mampukah sistem pendidikan, guru, ibu bapa dan masyarakat mandidik pelajar menjadi seperti dicita-citakan?

 

Mendidik satu proses panjang dan memerlukan komitmen semua pihak. Di Malaysia, pelajar masih terikat dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan umum serta kurikulum yang standard, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KKSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

 

Setiap pelajar dan guru hanya perlu mengikuti apa yang dirancang.

 

Bilai yang perlu diterapkan juga dinyatakan sehinggakan kurikulum diberikan kepada guru aianggap sebagai kitab yang perlu diikuti dan dipatuhi. Tujuan pendidikan dilihat sebagai proses mendisplinkan akal. Kejayaan dalam akademik menentukan kejayaan seterusnya dalam kehidupan.

 

Keadaan serupa terbawa-bawa ke universiti oleh pelajar dan pensyarah. Keadah syarahan dan mengambil nota terus kekal dan pelajar perlu menduduki peperiksaan, Adakah cara ini membantu melahirkan individu kreatif dan inovatif apabila keluar dari alam persekolahan?

 

Selain ingin lehirkan individu kreatif dan onovatif, banyak pihak memperkatakan mengenai individu yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skill). Persoalannya, adakah guru mempu dan bersedia melakukannya?

 

Ada pihak menyuarakan kebimbingan, jika kita gagal melahirkan generasi akan datang yang boleh berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif, kita akan gagal sebagai sebuah negara. Kita mahukan rakyat kita seperti masyarakat Jepun yang berjaya menjadikan negara mereka maju. Adakah pendidikan yang menjadikan Jepun sedemikian?

 

Apakah bezanya pendidikan di Jepun dengan pendidikan di Malaysia? Adakah pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan rakyat beradab dab bertingkah laku baik serta rajin bekerja?

 

Anggap pendidikan penting

 

Pendidikan di Jepun tidak jauh bezanya dengan pendidikan di negara ini. Pelajarnya terpaksa menduduki beberapa peperiksaan umum untuk menlayakkan mereka memasuku sekolah tinggi dan universiti berprestij serta terkenal.

 

Ibu bapa dan masyarakat Jepun menganggap pendidikan penting untuk anak mereka. Bagi memastikan harapan ibu bapa tercapai, anak belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Bagaimanapun, murid di Jepun belajar dari pagi hingga petang berbeza dengan pelajar di Malaysia.

 

Mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang, selepas itu ke kelas tambahan atau mengikuti aktiviti kokurikulum sehingga jam 6 petang atau lebih. PAda hari Sabtu pun, ada pelajar yang terpaksa mengahdiri aktiviti sekolah. Keadaan seperti ini menjadikan pelajar di Jepun rajin.

 

Proses mendidik yang bermula sejak tadika dan seterusnya ke sekolah rendah, menengah dan tinggi bermatlamat melahirkan individu beradab, bertingkah laku baik, berpengetahuan, berkemahiran serta adpat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara kemakmuran rakyat.

 

Pada peringkat awal sekolah rendah, Tahun Satu hingga Tiga, tiada peperiksaan dan tumpuan hanya diberikan kepada pendidikan adab dan membentuk tingkah laku yang baik. Ini dilakukan bukan sahaja melalui sebutan, tetapi juga perbuatan.

 

Murid diajar cara menghormati orang lain. mengutamakan kebersihan seperti membersih bilik darjah, tandas dan kawasan sekolah (tiada pencuci dan tukang kebun), memakai kasut khas dalam kelas; makan bersama-sama rakan lain dan guru dalam kelas (menu sama disediakan tukang masak profesional sekolah) serta memakai pakaian seragam sekolah.

 

Lahir pelajar kreatif, inovatif

 

Hasilnya, lahir rakyat Jepun yang menghormati orang lain, boleh bekerja secara berpasukan, berkerja kuat dan rajin, menjaga kebersihan, bertingkah laku baik serta boleh bekerja dalam situasi tertekan. Semuanya ini dipelajari di sekolah.

 

Ada pihak mengkritik pendidikan di Jepun ini tidak melahirkan individu kreatif dan inovatif sebab tiada ruang serta masa untuk pelajar melakukan sesuatu yang dianggap kreatif dan inovatif. Mungkin pendidikan di Jepun mampu melahirkan pelajar berfikir aras tinggi kerana tumpuan lebih diberikan kepada soal akademik.

 

Malah, Jepun berjaya dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan berada kedudukan teratas dalam hirarki bersama-sama dengan negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) lain yang cemerlang. Begitu juga tumpuan kepada matematik dan sains sejak di bangku sekolah.

 

Oleh kerana Jempun maju dalam teknologi, maka murid melihat banyak peluang pekerjaan jika mereka berjaya dalam matematik dan sains.

 

Kreativiti dan inovasi akan terbentuk apabila mereka mendalami bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Ini penting untuk memastikan produk dihasilkan dapat dipasarkan dan membawa keuntungan kepada syarikat dan negara.

 

Cara Jepun mendidik pelajar menjadi rakyat dan pekerja yang baik boleh dicontohi, tetapi memerlukan komitmen serta kesungguhan semua pihak, ibu bapa, majikan dan masyarakat. Jepun sebelum perang dunia kedua adalah negara yang rakyatnya selalu berperang sesama sendiri, tetapi berjaya mengubah budaya dan cara kehidupan melalui perubahan pendidikan yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak.

 

-Tamat-

 

Sumber: Berita Harian, Isnin, 29 Januari 2018 (INTERAKTIF)